2 cubaan pemilikan, pengambilan anak kerang secara haram digagalkan Jabatan Perikanan Selangor
| dc.contributor.author | Amirul Aiman Hamsuddin | |
| dc.date.accessioned | 2026-07-29T04:21:22Z | |
| dc.date.available | 2026-07-29T04:21:22Z | |
| dc.date.issued | 2026-05-21 | |
| dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/20.500.12561/2989 | |
| dc.description | Shah Alam: Jabatan Perikanan (DOF) Selangor berjaya mematahkan dua cubaan pemilikan dan pengambilan anak kerang secara haram dalam serbuan berasingan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor. DOF Selangor berkata, dalam kes pertama yang berlaku Sabtu lalu pihaknya menjalankan pemeriksaan di kawasan penempatan sekitar Sungai Haji Dorani. "Seramai empat anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Selangor Operasi menjalankan operasi pada 1.15 tengah hari itu selepas menerima maklumat awam. "Hasil pemeriksaan menemui 13 guni berisi bahan seakan pasir hitam disyaki anak kerang bersaiz kurang daripada empat millimeter (mm)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. DOF Selangor berkata, bagaimanapun tiada individu yang tampil mengaku sebagai pemilik kesemua guni berkenaan ketika pemeriksaan dijalankan sebekum pihaknya menyitanya. "Semua hasil sitaan Seksyen 29 Akta Perikanan 1985 itu dianggarkan bernilai RM5,200. "Barang sitaan kemudiannya dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya. Beliau berkata, pada hari yang sama pihaknya sekali lagi berjaya mematahkan aktiviti pengambilan anak kerang di jeti di Pasir Penambang. "Sebanyak 31 unit tangguk bernilai RM930 dirampas selepas ditinggalkan oleh sekumpulan individu yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Perikanan 1985," katanya. | en |
| dc.description.abstract | Jabatan Perikanan (DOF) Selangor berjaya mematahkan dua cubaan pemilikan dan pengambilan anak kerang secara haram dalam serbuan berasingan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor. | en |
| dc.language.iso | ms | en |
| dc.publisher | Harian Metro | en |
| dc.relation.uri | https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1360508/2-cubaan-pemilikan-pengambilan-anak-kerang-secara-haram-digagalkan-jabatan | en |
| dc.subject | anak kerang, Vesel | en |
| dc.title | 2 cubaan pemilikan, pengambilan anak kerang secara haram digagalkan Jabatan Perikanan Selangor | en |
| dc.type | newspaperArticle | en |
Files in this item
| Files | Size | Format | View |
|---|---|---|---|
|
There are no files associated with this item. |
|||
This item appears in the following Collection(s)
-
2026 [16]
Newspaper Cutting
