Show simple item record

dc.contributor.authorBERNAMA
dc.date.accessioned2026-07-29T04:31:20Z
dc.date.available2026-07-29T04:31:20Z
dc.date.issued2026-06-13
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/20.500.12561/2992
dc.descriptionPutrajaya: Jabatan Perikanan (DOF) memberikan jaminan bahawa bekalan udang segar tempatan di pasaran di seluruh negara mencukupi, stabil, dan tidak mengalami sebarang gangguan bekalan pada masa ini. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Adnan Hussain berkata subsektor udang marin negara yang merangkumi udang harimau (Penaeus monodon) dan udang putih (Litopenaeus vannamei) menunjukkan prestasi kukuh. Beliau berkata setakat Mei tahun ini, pengeluaran udang marin tempatan dilaporkan telah mencapai 14,308.36 tan dengan nilai borong sebanyak RM386.57 juta. "Pada peringkat negeri, Selangor terus kekal sebagai antara penyumbang utama Zon Tengah dalam pengeluaran udang negara dengan rekod pengeluaran 2,463.17 tan pada 2025 bernilai RM84.85 juta, serta 852.71 tan hingga bulan lepas, sekali gus mengukuhkan kestabilan bekalan udang segar di pasaran domestik secara berterusan. "Penternak udang tempatan mempunyai kapasiti yang kukuh dan berdaya tahan untuk menampung keperluan pasaran domestik secara berterusan, selaras dengan jaminan keterjaminan makanan negara," katanya tadi. Adnan berkata pengeluaran udang marin negara direkodkan sebanyak 60,970.79 tan pada 2024, dan 57,047.80 tan pada tahun lepas, menunjukkan trend pengeluaran yang stabil. Dari segi nilai ekonomi, beliau berkata subsektor itu mencatat nilai borong sebanyak RM1.66 bilion pada 2024 dan RM1.53 bilion pada 2025, dengan anggaran nilai pasaran runcit melebihi RM2.1 bilion. Adnan, dalam pada itu, berkata bagi memastikan kelestarian industri, DOF memperketat kawalan biosekuriti di semua pintu masuk negara untuk mengelakkan risiko penyakit akuakultur seperti Early Mortality Syndrome (EMS) dan White Spot Syndrome Virus (WSSV). Langkah penguatkuasaan itu, katanya, dapat memastikan produk akuakultur di pasaran tempatan sentiasa berada pada tahap yang selamat, berkualiti tinggi, dan mematuhi standard yang telah ditetapkan. Selain itu, usaha transformasi industri akuakultur terus diperkukuh melalui pembangunan Zon Industri Akuakultur (ZIA) serta penggunaan teknologi moden seperti Recirculating Aquaculture System (RAS) dan teknologi Internet Kebendaan (IoT) bagi pemantauan kualiti air secara masa nyata. "Pembangunan baka udang tempatan bebas penyakit (SPF) terus dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar," katanyaen
dc.description.abstractJabatan Perikanan (DOF) memberikan jaminan bahawa bekalan udang segar tempatan di pasaran di seluruh negara mencukupi, stabil, dan tidak mengalami sebarang gangguan bekalan pada masa ini.en
dc.language.isomsen
dc.publisherHarian Metroen
dc.relation.urihttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/06/1369391/kita-tak-bergantung-lagi-udang-importen
dc.subjectudangen
dc.titleKita tak bergantung lagi udang importen
dc.typenewspaperArticleen
dc.subject.scientificNamePenaeus monodon, Litopenaeus vannameien


Files in this item

FilesSizeFormatView

There are no files associated with this item.

This item appears in the following Collection(s)

  • 2026 [16]
    Newspaper Cutting

Show simple item record