SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • English 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Login
View Item 
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Kesalahan jejas taman laut, rizab laut kini boleh didenda sehingga RM1 juta

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
Date
2026-06-16
Author
Ardini Najhan
Metadata
Show full item record

Abstract
Pihak yang melakukan kesalahan menjejaskan kawasan taman laut serta rizab laut kini berdepan denda sehingga RM1 juta, selepas Akta Perikanan (Pindaan) 2025 [Akta A1780] mula berkuat kuasa semalam.
Description
KUALA LUMPUR: Pihak yang melakukan kesalahan menjejaskan kawasan taman laut serta rizab laut kini berdepan denda sehingga RM1 juta, selepas Akta Perikanan (Pindaan) 2025 [Akta A1780] mula berkuat kuasa semalam.

Pindaan kepada Akta Perikanan 1985 [Akta 317] itu memperkenalkan beberapa peruntukan baharu dan penambahbaikan, bertujuan memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan, meningkatkan perlindungan terhadap sumber perikanan serta memastikan pengurusan perikanan negara terus relevan dengan cabaran semasa.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata penguatkuasaan akta diperkasakan ini memberi mesej jelas bahawa Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengeksploitasi sumber perikanan negara secara tidak sah dan tidak bertanggungjawab.

"Akta 317 bukan sekadar meningkatkan hukuman, malah menjadi instrumen penting dalam melindungi sumber marin negara dan memastikan kelestarian sektor perikanan untuk generasi akan datang.

"Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menceroboh, merosakkan atau mencuri khazanah laut negara.

"Penguatkuasaan lebih tegas ini amat penting bagi memastikan sumber perikanan negara terus terpelihara, kesejahteraan komuniti nelayan yang mematuhi undang-undang terus terbela serta bekalan makanan negara kekal terjamin," katanya melalui kenyataan.

Menurut Jabatan Perikanan, antara penambahbaikan utama di bawah pindaan ini ialah peningkatan penalti terhadap kesalahan berkaitan aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal selia dan penggunaan kaedah penangkapan yang merosakkan sumber perikanan.

Penalti am di bawah Seksyen 25 dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM100,000, manakala kesalahan menggunakan bahan letupan, racun, pencemar, arus elektrik dan peralatan terlarang di bawah Seksyen 26 boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 serta hukuman penjara sehingga lima tahun.

Bagi memperkukuh perlindungan biodiversiti marin, denda berkaitan gangguan terhadap mamalia akuatik dan penyu turut ditingkatkan sehingga RM250,000.

Pindaan ini juga memperuntukkan denda maksimum sehingga RM1 juta bagi kesalahan yang menjejaskan kawasan taman laut dan rizab laut, selain menetapkan keperluan penggantian kawasan taman laut yang dibatalkan pengisytiharannya dengan kawasan baharu yang setara dari segi keluasan dan ekosistem.

Kuasa Ketua Pengarah Perikanan

Jabatan Perikanan juga memaklumkan Ketua Pengarah Perikanan turut diberikan kuasa untuk menyekat pesalah yang lesennya dibatalkan di bawah Akta 317 daripada memohon lesen baharu bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.

Akta ini turut memperkenalkan peruntukan baharu yang membolehkan larangan aktiviti perikanan di kawasan tercemar seperti kejadian Harmful Algal Bloom atau pencemaran kimia bagi memastikan keselamatan hasil perikanan yang dipasarkan.

Dalam memastikan pendekatan penguatkuasaan lebih seimbang, kadar minimum kompaun bagi kesalahan kecil dikurangkan daripada RM500 kepada RM100, manakala kesalahan menangkap ikan tanpa lesen yang melibatkan penggunaan peralatan penangkapan ikan tradisional kini boleh dikompaun sebagai mekanisme penyelesaian yang lebih praktikal tanpa menjejaskan pematuhan terhadap peraturan perikanan negara.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3000
Type
newspaperArticle
Subject
taman laut, sumber perikanan
Collections
  • 2026 [51]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

Browse

All of SMIRCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

EXTERNAL LINKS DISCLAIMER

This link is being provided as a convenience and for informational purposes only. SEAFDEC/MFRDMD bears no responsibility for the accuracy, legality or content of the external site or for that of subsequent links. Contact the external site for answers to questions regarding its content.

If you come across any external links that don't work, we would be grateful if you could report them to the repository administrators.

Click DOWNLOAD to open/view the file.

Download