Jabatan Perikanan Selangor rampas 13 guni anak kerang
Abstract
Jabatan Perikanan (DOF) Selangor mematahkan dua cubaan pemilikan dan pengambilan anak kerang secara haram dalam serbuan berasingan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Description
SHAH ALAM: Jabatan Perikanan (DOF) Selangor mematahkan dua cubaan pemilikan dan pengambilan anak kerang secara haram dalam serbuan berasingan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
DOF Selangor berkata, dalam kes pertama Sabtu lalu pihaknya menjalankan pemeriksaan di kawasan penempatan sekitar Sungai Haji Dorani.
"Operasi bermula jam 1.15 tengah hasil maklumat awam. Pemeriksaan menemui 13 guni berisi bahan seakan pasir hitam disyaki anak kerang bersaiz kurang empat millimeter (mm)," kata DOF dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun tiada individu yang tampil mengaku pemilik semua guni berkenaan ketika pemeriksaan.
"Barang sitaan kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya.
Pada hari sama DOF turut mematahkan kegiatan pengambilan anak kerang di sebuah jeti di Pasir Penambang.
"Sebanyak 31 unit tangguk bernilai RM930 dirampas selepas ditinggalkan sekumpulan individu yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya.
Type
newspaperArticleSubject
Collections
- 2026 [51]

