SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • English 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Login
View Item 
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Jabatan Perikanan gerak langkah mitigasi, pastikan keterjaminan makanan negara stabil ketika El Nino

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
Date
2026-05-20
Author
BERNAMA
Metadata
Show full item record

Abstract
Jabatan Perikanan (DOF) menggerakkan pelbagai langkah mitigasi dan adaptasi secara proaktif bagi meminimumkan impak terhadap industri serta memastikan keterjaminan makanan negara kekal stabil dan lestari, susulan fenomena El Nino yang berlaku pada Mei hingga Oktober ini.
Description
PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan (DOF) menggerakkan pelbagai langkah mitigasi dan adaptasi secara proaktif bagi meminimumkan impak terhadap industri serta memastikan keterjaminan makanan negara kekal stabil dan lestari, susulan fenomena El Nino yang berlaku pada Mei hingga Oktober ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain, berkata ia termasuk pemantauan lapangan secara berterusan, pengurusan ternakan yang lebih efisien, penggunaan teknologi pengudaraan dan sistem kitaran semula air (RAS), pengukuhan biosekuriti ternakan serta penyesuaian operasi penangkapan ikan berdasarkan maklumat cuaca dan oseanografi semasa.

"Selain itu, penggunaan aplikasi MyFSI turut diperkasakan bagi membantu nelayan mendapatkan maklumat cuaca lautan dan mengenal pasti lokasi penumpuan sumber ikan dengan lebih tepat, sekali gus mengurangkan risiko kerugian operasi dan pembaziran bahan api.

"Kita turut memberi tumpuan kepada langkah jangka panjang melalui pelaksanaan Pelan Mitigasi Bencana Subsektor Akuakultur serta Pelan Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan 2024-2030 yang menjadi panduan strategik menghadapi cabaran perubahan iklim secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berkata, pelan itu dirangka selaras dengan aspirasi nasional melalui Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2025-2030 bagi memperkukuh daya tahan sektor perikanan negara dalam mendepani risiko cuaca ekstrem.

Beliau berkata, fenomena El Nino itu dijangka berpotensi memberi kesan terhadap subsektor perikanan tangkapan dan akuakultur negara, khususnya di beberapa kawasan yang mengalami keadaan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa.

Berdasarkan analisis data semasa yang mengintegrasikan rekod pengeluaran perikanan, unjuran cuaca dan Indeks Kerpasan Piawai (SPI) oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia), pengeluaran ikan negara di kawasan terjejas diunjurkan menurun 5,355 tan atau 1.4 peratus berbanding keseluruhan pengeluaran pada 2025.

"Subsektor akuakultur dijangka menerima impak paling ketara dengan unjuran penurunan hasil sebanyak 38.6 peratus, susulan peningkatan suhu air, penurunan paras air dan gangguan terhadap parameter kualiti air ternakan.

"Sementara itu, subsektor perikanan tangkapan turut berdepan cabaran perubahan taburan sumber marin, peningkatan kos operasi dan risiko keselamatan ketika operasi penangkapan di laut," katanya.

Adnan berkata, DOF akan terus memperkukuh pendekatan berasaskan teknologi, sains dan amalan pengurusan mampan supaya industri perikanan negara kekal kompetitif, responsif terhadap perubahan iklim serta mampu menjamin bekalan makanan protein kepada rakyat secara berterusan.

Sehubungan itu, beliau berkata, komuniti nelayan dan pengusaha akuakultur disaran sentiasa mendapatkan maklumat terkini cuaca, mematuhi nasihat teknikal jabatan serta melaksanakan langkah kesiapsiagaan bagi mengurangkan risiko kerugian akibat fenomena cuaca ekstrem.

Katanya, kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan, negeri, pemain industri dan komuniti nelayan amat penting bagi memastikan sektor perikanan negara terus mampan dan berdaya tahan.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3003
Type
newspaperArticle
Subject
sumber ikan, biosekuriti ternakan, oseanografi
Collections
  • 2026 [51]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

Browse

All of SMIRCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

EXTERNAL LINKS DISCLAIMER

This link is being provided as a convenience and for informational purposes only. SEAFDEC/MFRDMD bears no responsibility for the accuracy, legality or content of the external site or for that of subsequent links. Contact the external site for answers to questions regarding its content.

If you come across any external links that don't work, we would be grateful if you could report them to the repository administrators.

Click DOWNLOAD to open/view the file.

Download