SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • English 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Login
View Item 
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

4 lelaki ditahan 'curi' benih kerang

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
Date
2026-02-24
Author
Amirul Aiman Hamsuddin
Metadata
Show full item record

Abstract
Jabatan Perikanan menahan empat individu warga tempatan kerana 'mencuri' benih kerang di sekitar daerah Sabak Bernam semalam.
Description
SHAH ALAM: Jabatan Perikanan menahan empat individu warga tempatan kerana 'mencuri' benih kerang di sekitar daerah Sabak Bernam semalam.

Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) menjalankan operasi rondaan dan pemantauan darat pada jam 5.40 petang di sekitar daerah Sabak Bernam.

"Hasil pemeriksaan di sebuah jeti di kawasan Bagan Sungai Pulai menemui aktiviti memunggah naik anak kerang ke dalam sebuah lori.

"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiada sebarang dokumen lesen atau kebenaran berkaitan aktiviti pengambilan kerang yang dikemukakan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noraisyah berkata, dalam operasi itu Jabatan Perikanan Selangor menyita sebuah lori tiga tan, tujuh tangguk galah halus, 160 guni anak kerang dan dokumen urus niaga.

Tegasnya, empat individu berusia lingkungan 20-an hingga 60-an ditahan bagi membantu siasatan.

"Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM107,500 dan semua barang dibawa ke lokasi tahanan jabatan untuk tindakan lanjut.

"Manakala kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat DOF Selangor untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3010
Type
newspaperArticle
Subject
benih kerang
Collections
  • 2026 [35]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

Browse

All of SMIRCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

EXTERNAL LINKS DISCLAIMER

This link is being provided as a convenience and for informational purposes only. SEAFDEC/MFRDMD bears no responsibility for the accuracy, legality or content of the external site or for that of subsequent links. Contact the external site for answers to questions regarding its content.

If you come across any external links that don't work, we would be grateful if you could report them to the repository administrators.

Click DOWNLOAD to open/view the file.

Download