UMT didik literasi lautan kepada 200 murid Terengganu
| dc.contributor.author | Amirul Salam Hasan | |
| dc.date.accessioned | 2026-08-10T03:43:40Z | |
| dc.date.available | 2026-08-10T03:43:40Z | |
| dc.date.issued | 2026-08-10 | |
| dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/20.500.12561/3037 | |
| dc.description | Seramai 200 pelajar dari sekolah-sekolah di Terengganu menyertai Blue School Malaysia Marine Camp 2026 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sekali gus memperkukuh usaha melahirkan generasi celik lautan menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Program yang diterajui UMT selaku Penyelaras Kebangsaan Blue School Malaysia di bawah UNESCO-IOC Blue School Global Network itu memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan ekosistem marin, biodiversiti, pemuliharaan sumber laut serta peranan masyarakat dalam menyokong pembangunan Ekonomi Biru negara. Ilmu kelautan Pengarah Program Blue School Malaysia Marine Camp 2026 yang juga Penyelaras Kebangsaan Blue School Malaysia, Dr Afiq Durrani Mohd Fahmi, berkata program berkenaan adalah platform strategik untuk mendekatkan generasi muda dengan ilmu kelautan menerusi pengalaman pembelajaran secara langsung. Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) berkata, Blue School bukan sekadar memberi pengetahuan berkaitan lautan, sebaliknya membentuk kesedaran serta rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar terhadap kelestarian sumber marin. “Blue School memberi peluang kepada murid untuk belajar bersama alam, bukan sekadar tentang alam. “Apabila mereka turun ke lapangan, memerhati ekosistem pantai, mengenali biodiversiti marin dan memahami cabaran sebenar yang dihadapi lautan, mereka bukan sahaja memperoleh ilmu, malah membina rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaan sumber laut,” katanya. | en |
| dc.description.abstract | Seramai 200 pelajar dari sekolah-sekolah di Terengganu menyertai Blue School Malaysia Marine Camp 2026 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sekali gus memperkukuh usaha melahirkan generasi celik lautan menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. | en |
| dc.publisher | Berita Harian | en |
| dc.subject | ekosistem marin, biodiversiti, sumber laut | en |
| dc.title | UMT didik literasi lautan kepada 200 murid Terengganu | en |
| dc.title.alternative | Blue School Malaysia Marine Camp 2026 bantu usaha lahirkan generasi celik alam sekitar | en |
| dc.type | newspaperArticle | en |
Files in this item
This item appears in the following Collection(s)
-
2026 [61]
Newspaper Cutting
