01 Paper Cutting Compilation: Recent submissions
21-40 / 2040
-
Ikan invasif ancam pendapatan nelayan darat Timah Tasoh
(Utusan Malaysia, 2025-10-24)Kehadiran spesies asing invasif (IAS) seperti ikan peacock bass dan bongkok di Tasik Timah Tasoh di sini, memberi ancaman serius terhadap ekosistem perikanan serta memberi kesan kepada hasil tangkapan nelayan darat di tasik ... -
Ikan 'timbul' di kawasan daratan
(Harian Metro, 2025-10-27)Bencana banjir yang melanda Perak turut dimanfaatkan sebilangan individu dengan menjala dan memukat ikan yang 'timbul' di kawasan daratan berhampiran kawasan Masjid Jamek Kampung Dew. -
ESSCOM, Jabatan Perikanan rangka strategi tangani kegiatan bom ikan
(Harian Metro, 2025-10-29)Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Jabatan Perikanan Malaysia akan merangka strategi jangka panjang bagi menangani kegiatan pengeboman ikan di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE). -
Rezeki laut
(Utusan Malaysia, 2025-10-30)Nelayan pesisir pantai menarik pukat jerut ketika menjalani rutin menangkap ikan bilis semasa tinjauan Utusan Malaysia di perairan Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu baru-baru ini. -
Authorities foil Turkish man's bid to smuggle live fish : no valid documents
(New Sunday Times, 2025-10-12)A 52-year-old Turkish man was detained at the Kuala Lumpur International Airport over an attempt to export 10 live fish without valid documentation. -
10 ikan 'tak jadi' ke Doha : cubaan warga Turkiye seludup spesies Discus gagal
(Metro Ahad, 2025-10-12)Seorang lelaki warga Turkiye ditahan pihak berkuasa selepas didapati cuba menyeludup keluar 10 ikan spesies Discus menerusi Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, kelmarin. -
Rekod lepaskan106 juta benih udang serentak di 7 daerah
(Berita Harian, 2025-10-14)Sejumlah 1.6 juta ekor benih udang galah dilepaskan secara serentak di tujuh daerah di negeri ini, sekali gus diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 'Pelepasan Benih Udang Udang Galah Terbanyak di Malaysia'. -
Melabuhkan tukun : pergerakan ikan pelagik pengaruhi kadar pendaratan
(Utusan Malaysia, 2025-10-16)Pergerakan ikan pelagik seperti selar, kembung, sardin, cencaru, tongkol (tuna kecil) dan tenggiri yang bersifat bermusim boleh menyebabkan tangkapan ikan di setiap negeri turun naik. -
Pakej murah tidak berlesen ancam keselamatan pelancong, penyu di Pulau Redang - Pakar UMT
(Utusan Malaysia, 2025-10-16)Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran pakej pelancongan murah ke Pulau Redang, dekat sini kerana ia bukan sahaja berisiko terhadap keselamatan diri malah boleh mengancam populasi penyu di kawasan ... -
Bantuan pukat, panjangkan hayat nelayan Pantai Geting
(Mingguan Malaysia, 2025-10-19)Harga pukat baharu yang mencecah RM 2,000 menyebabkan ramai nelayan pesisir pantai di Geting di sini, berdepan kesukaran menggantikan peralatan tersebut, sekiranya mengalami kerosakan. -
Penduduk serbu Pantai Klebang kutip kerang
(Mingguan Malaysia, 2025-10-19)Fenomena kemunculan kerang secara tiba-tiba di Pantai Klebang sejak seminggu lalu mencetuskan suasana pesta apabila semakin ramai penduduk sekitar datang setiap hari untuk mencari hasil laut itu. -
Berpesta Kerang Di Pantai Klebang : pelbagai spesies muncul dari dalam pasir, lumpur dianggap fenomena luar biasa
(Berita Harian, 2025-10-19)Pantai Klebang yang biasanya tenang bertukar 'panas' sejak lebih seminggu lalu apabila ratusan pengunjung membanjiri kawasan itu demi satu misi iaitu kutip kerang. -
Nelayan perlu beri kerjasama, salur maklumat lengkap : pencerobohan nelayan asing di semenanjung pantai timur
(Harian Metro, 2025-10-19)Pencerobohan nelayan asing terutama di Semenanjung Pantai Timur berada pada tahap ancaman. -
Tilapia Red Kenyir Dipatenkan : rancak semula industri penternakan spesies sukar diperoleh di Tasik Kenyir
(Metro Ahad, 2025-10-19)Ikan tilapia merah Kenyir atau Tilapia Red Kenyir dipatenkan bagi menaikkan semula industri penternakan spesies yang sukar diperoleh di Tasik Kenyir. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, tilapia merah ... -
Rezeki 'nelayan bilis' Kampung Seberang Takir
(Utusan Malaysia, 2025-10-18)Di sebalik saiznya yang kecil, mencari ikan bilis bukanlah kerja mudah seperti disangka orang luar kerana hanya mereka yang pernah turun ke laut tahu betapa peritnya menanti rezeki dari laut itu. -
Transformasi sangkar kayu ke teknologi HDPE : pengusaha akuakultur mampu tuai hasil 20 tan metrik setiap hari
(Harian Metro, 2025-10-17)Bermula sebagai penternak ikan kecil-kecilan bermodalkan sangkar kayu empat tahun lalu, kini Leng Ching Kiam, 43, berjaya meraih hasil lumayan. -
Pencemaran plastik di laut : ancaman untuk semua
(Metro Ahad, 2025-10-12)Lautan kini berdepan ancaman serius akibat pencemaran plastik berikutan berjuta tan sisa ini mengalir dari darat ke laut melalui sungai saban tahun. Ini menjadikan perairan dunia sebagai tempat pembuangan sampah terbesar. -
When Time Turns The Tide : off the shores of the tropical sea, scientists from Universiti Malaysia Terengganu are restoring coral reefs with a Swiss watchmaker putting time where the heart is
(New Sunday Times, 2025-10-19)Under the turquoise shallows off Pulau Bidong, divers hover above the seabed, fastening fragments of living coral to carefully engineered structures. Their movements are patient, almost meditative -- a quiet act of restoration ... -
Santuari Kelah, Tengas Tarikan Keda Bendang Man : projek jadikan kawasan sungai habitat pembiakan ikan spesies dilindungi
(Berita Harian Ahad, 2025-10-19)Dahulunya ikan di kawasan itu semakin pupus, kini ia menjadi daya tarikan baharu yang menyatu dalam keindahan alam seiring usaha pemuliharaan spesies berharga itu. -
Nelayan Harap Ternakan Kerang Tidak Diceroboh
(Utusan Malaysia, 2025-10-09)Kumpulan nelayan di Tampok Laut di sini berharap tidak lagi berlaku pencerobohan oleh mana-mana pihak ke kawasan ternakan kerang yang dikhususkan untuk nelayan di kawasan itu.




















