Awas! Ada obor-obor di perairan Mersing
抄録
Pejabat Perikanan Negeri Johor mengesan kehadiran obor-obor di perairan Mersing, sekali gus mengingatkan orang ramai yang melakukan aktiviti air supaya berhati-hati. Pengarahnya, Rosmawati Ghazali berkata, amaran dikeluarkan supaya semua pihak berhati-hati bagi mengelakkan terkena sengatan obor-obor yang merbahaya itu. "Kami menerima laporan pengesanan kehadiran obor-obor di perairan Mersing. Semua pengunjung dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti riadah pantai atau snorkeling atau selam skuba dan memakai pakaian bertutup keseluruhan atau bersesuaian bagi mengelakkan terkena serangan obor-obor.
Type
newspaperArticle主題
Collections
- 2026 [16]

