SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Premis ikan hiasan diserbu, 675 spesies ikan larangan dirampas

Thumbnail
Associated URL
www.hmetro.com.my
日付
2026-03-05
著者
Suharmin Yusuf, Naeem Razman dan Haziq Hamzah
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Sebanyak 675 jenis ikan larangan pelbagai spesies serta 304 kura-kura dan labi-labi bernilai mencecah lebih RM335,000 dirampas dalam operasi bersepadu membanteras penjualan hidupan akuatik larangan di sekitar Jalan Pudu, di sini, hari ini.
記述
Kuala Lumpur: Sebanyak 675 jenis ikan larangan pelbagai spesies serta 304 kura-kura dan labi-labi bernilai mencecah lebih RM335,000 dirampas dalam operasi bersepadu membanteras penjualan hidupan akuatik larangan di sekitar Jalan Pudu, di sini, hari ini.

Operasi dijalankan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman itu turut disertai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPMWPKL), Suhanah Kassiron berkata, operasi itu terhadap enam premis itu membabitkan seramai 42 anggota penguat kuasa bagi tujuan pemeriksaan secara menyeluruh.

Katanya, pihaknya menyita pelbagai spesies ikan larangan termasuk Arapaima, Sturgeon, Midas, Peacock Bass, udang kara Cambaridae, baung ekor merah Amazon, pacu dan Flowerhorn.

"Spesies itu dilarang kerana sifatnya yang invasif dan berisiko tinggi menjejaskan biodiversiti perairan serta menggugat populasi ikan asli tempatan sekiranya terlepas ke perairan.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM35,674 merangkumi 675 jenis ikan larangan pelbagai spesies.

"Kesemua ikan yang disita akan ditempatkan di Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor, Laparangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tujuan tindakan lanjut," katanya ketika sidang media selepas operasi bersepadu itu di Balai Polis Pudu, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Komander WCB/ PSK Bukit Aman, Superintendan Mohd Redzuan Zainol Abidin dan Penolong Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Celescoriano Razond.

Mengulas lanjut, Suhanah berkata, semua tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan mengikut Akta Perikanan 1985 (Akta 317), Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import bagi Ikan) 1990 (Pindaan 2024) dan Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan 2017.

"Selain itu, ia juga membabitkan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

"Operasi ini bukan sahaja membanteras aktiviti tidak sah, malah memperkukuh sinergi strategik antara DOF dan PDRM melalui penglibatan WCB dalam menangani jenayah melibatkan hidupan akuatik.

"Kami tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis yang mempamer atau menjual spesies larangan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah DOF," katanya.

Kata Suhanah, pemilik premis yang gagal mematuhi peraturan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.

"Orang awam dan pengusaha premis dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada Pejabat Perikanan terdekat sebelum memiliki atau memperdagangkan spesies ikan asing bagi mengelakkan tindakan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Celescoriano berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut merampas 304 kura-kura dan labi-labi dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000 yang dipercayai diseludup masuk dari luar negara.

Menurutnya, antara yang dirampas termasuk spesies terancam labi-labi albino.

Selain itu, katanya, terdapat juga premis yang dikenal pasti melakukan kesalahan berulang di bawah akta PERHILITAN.

"Semua haiwan ini akan dibawa ke Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sementara menunggu arahan mahkamah untuk pelupusan atau dilepaskan ke habitat asal," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2984
Type
newspaperArticle
主題
ikan hiasan, akuatik, udang kara, Arapaima, Sturgeon, Midas, Peacock Bass
Collections
  • 2026 [16]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード