SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Kastam rampas sirip ikan yu kering, daging babi sejuk beku bernilai lebih RM10 juta

Thumbnail
Associated URL
www.hmetro.com.my
日付
2026-04-07
著者
Norzamira Che Noh
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan penyeludupan sirip ikan yu kering, daging babi serta ayam sejuk beku yang menyaksikan rampasan bernilai lebih RM10 juta menerusi Op Petasan pada Februari dan Mac lalu.
記述
Pelabuhan Klang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan penyeludupan sirip ikan yu kering, daging babi serta ayam sejuk beku yang menyaksikan rampasan bernilai lebih RM10 juta menerusi Op Petasan pada Februari dan Mac lalu.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata kes pertama membabitkan rampasan 35,660 kilogram sirip ikan yu kering bernilai RM8.2 juta termasuk duti dan cukai.

Katanya, dagangan berkenaan ditemui menerusi pemeriksaan terhadap tiga buah kontena di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Utara masing-masing pada 12 Februari, 2 Mac serta 9 Mac lalu.

"Hasil pemeriksaan ke atas kontena-kontena tersebut, pasukan menemui 35,660 kilogram sirip ikan yu kering yang dipercayai diimport tanpa permit yang sah.

"Nilai dagangan tersebut dianggarkan berjumlah RM7.1 juta manakala duti dan cukai yang terlibat dianggarkan sebanyak RM1.1 juta," katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Pelabuhan Utara, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengimportan sirip ikan yu kering adalah tertakluk kepada permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sebagaimana Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, serta Permit Import Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

"Siasatan awal mendapati kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 3 Februari, 19 Februari serta 7 Mac lalu.

"Dagangan ini berasal daripada sebuah negara di benua Amerika Selatan dan dipercayai di bawa masuk untuk pasaran dalam negara," katanya.

Dalam kes berasingan, Mohamad Azhar berkata, empat kontena sejuk beku di tahan di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Utara pada 6 Februari lalu.

Katanya, pemeriksaan ke atas kontena terbabit menemukan sejumlah komoditi ayam dan daging babi sejuk beku dipercayai diimport tanpa permit dianggarkan bernilai RM2.2 juta dengan duti dan cukai.

"Sebanyak tiga kontena mengandungi daging ayam sejuk beku dengan jumlah berat 84,000 kilogram manakala sebuah lagi kontena membawa daging babi sejuk beku seberat 28,880 kilogram.

"Pengimportan daging sejuk beku seperti ayam dan babi adalah tertakluk kepada permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023," katanya.

Beliau berkata, dagangan berkenaan berasal dari sebuah negara di Asia dan siasatan mendapati kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 16 dan 20 Januari lalu dipercayai untuk pasaran Tahun Baharu Cina.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2985
Type
newspaperArticle
主題
ikan yu, sirip
Collections
  • 2026 [16]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード