SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

'Kalau nelayan tak turun ke laut pun, bekalan ikan masih cukup untuk 3 bulan' - KP Perikanan

Thumbnail
Associated URL
www.hmetro.com.my
日付
2026-04-09
著者
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Bekalan ikan dalam negara ketika ini mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan pengeluaran biarpun nelayan tidak turun ke laut disebabkan kenaikan harga bahan api.
記述
Ipoh: Bekalan ikan dalam negara ketika ini mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan pengeluaran biarpun nelayan tidak turun ke laut disebabkan kenaikan harga bahan api.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussien berkata, orang ramai tidak perlu gusar memandangkan ketika ini melayan masih keluar ke laut mencari hasil tangkapan terutamanya apabila vesel nelayan di zon tertentu masih menerima bantuan kerajaan termasuk subsidi bahan api.

Katanya, justeru tiada keperluan untuk orang ramai membuat pembelian panik memandangkan sumber bekalan perikanan masih mencukupi.

"Segi bekalan kita masih mencukupi dan kalau kita tengok senario kes terburuk pun jika sampai tiga bulan semua tiada langsung nelayan menangkap hasil pun kita masih boleh menampung bekalan ikan yang sedia ada.

"Dan sekarang kerajaan masih memberi bantuan kepada nelayan kita untuk membolehkan sekurang-kurangnya vesel di Zon A, B, dan C boleh keluar ke laut," katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Pindaan Akta Perikanan 2025 dan Kesan Perang Iran-US Terhadap Sektor Perikanan Negara di sini hari ini.

Adnan berkata, kerajaan menampung jumlah subsidi yang agak besar untuk membolehkan vesel penangkapan ikan Zon A, B dan C beroperasi seperti biasa untuk membolehkan pengeluaran bekalan ikan negara terjamin.

Beliau berkata, sebaliknya kumpulan nelayan yang terkesan susulan krisis geopolitik dunia masa kini adalah nelayan di Zon C2 (laut dalam) yang tidak menerima sebarang subsidi minyak, membabitkan kira-kira 300 vesel di mana berkemungkinan besar tidak dapat beroperasi disebabkan kenaikan harga bahan api.

"Stok ikan mtidak terjejas banyak kerana vesel daripada Zon A, B dan C masih keluar beroperasi menangkap ikan. Selain itu, subsektor akuakultur juga dapat menampung bekalan ikan yang mungkin sedikit terjejas daripada sumber perikanan tangkapan.

"Walaupun subsektor akuakultur ini juga terkesan dari segi bekalan makanan ternakan yang kosnya dijangka akan meningkat disebabkan isu logistik dan sebagainya, tetapi kesannya masih agak terkawal kerana stok-stok lama masih boleh digunakan oleh penternak," katanya.

Katanya, Jabatan Perikanan (DOF) sentiasa memantau situasi itu dan melaporkannya kepada kepimpinan tertinggi kerajaan sekiranya memerlukan cadangan sebarang intervensi bagi membolehkan pengeluaran ikan dikeluarkan seperti biasa bagi menjamin bekalan protein kepada rakyat negara ini.

Adnan berkata, pada masa sama juga pengeluaran akuakultur juga sentiasa dipantau agar dapat dipertingkatkan terutamanya susulan jangkaan fenomena cuaca panas dan kering El-Nino yang dijangka melanda sekitar Mei dan Jun ini.

"Sekarang ini kita juga membuat pemantauan rapi disebabkan jangkaan El-Nino pada Mei dan Jun ini akan memberi kesan agak ketara, di mana ada beberapa negeri yang kita jangkakan terjejas.

"Tetapi secara keseluruhannya bekalan akuakultur ini masih stabil kerana kita ada pengeluaran dari sangkar-sangkar di laut. Cuma yang mungkin sedikit terjejas adalah sangkar-sangkar yang berada di sungai-sungai utama berikutan paras air sungai yang mungkin susut disebabkan El-Nino," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2986
Type
newspaperArticle
主題
vesel nelayan
Collections
  • 2026 [16]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード