SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Masuk
Lihat Penerbitan 
  •   Rumah
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • Lihat Penerbitan
  •   Rumah
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • Lihat Penerbitan
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Penceroboh Taman Laut Negara dikesan guna khidmat tonto laut, pantau kehadiran pihak berkuasa

Thumbnail
Associated URL
www.hmetro.com.my
Tarikh
2026-05-22
Pengarang
Muhaamad Hafis Nawawi
Metadata
Lihat penerbitan penuh

abstrak
Guna khidmat 'tonto laut' bagi memantau kehadiran pihak berkuasa dan menceroboh Taman Laut Negara pada lewat malam dan awal pagi antara taktik pihak tidak bertanggungjawab untuk mencari hasil laut lumayan.
Penerangan
Kuala Lumpur: Guna khidmat 'tonto laut' bagi memantau kehadiran pihak berkuasa dan menceroboh Taman Laut Negara pada lewat malam dan awal pagi antara taktik pihak tidak bertanggungjawab untuk mencari hasil laut lumayan.

Taktik itu antara yang dikesan Jabatan Perikanan (DOF) berdasarkan statistik penguatkuasaan di Taman Laut yang merekodkan 11 kes dalam tempoh dua tahun iaitu 2024 dan 2025.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, kawasan Taman Laut lazimnya kaya dengan biodiversiti serta menjadi habitat pembiakan dan asuhan pelbagai spesies bernilai tinggi.

Menurutnya, keadaan itu menjadikan kawasan terbabit sasaran pihak tidak bertanggungjawab.

"Aktiviti yang dilakukan bukan sekadar memancing biasa, malah membabitkan penggunaan 'spear fishing' dan peralatan penangkapan ikan seperti pukat hanyut serta pukat tunda bagi mengambil hasil laut secara terus.

"Daripada segi modus operandi pencerobohan di Taman Laut lazimnya dilakukan secara berkumpulan kerana ia membabitkan pergerakan bot," katanya sempena Hari Biodiversiti Sedunia yang disambut hari ini.

Beliau berkata, pelbagai taktik licik digunakan oleh pihak yang menceroboh kawasan Taman Laut bagi mengelakkan pengesanan antaranya menjalankan aktiviti pada lewat malam atau awal pagi ketika jarak penglihatan terhad dan keadaan persekitaran lebih sunyi.

"Mereka juga menggunakan bot yang menyerupai vesel nelayan tradisional bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengurangkan kecurigaan.

"Selain itu, terdapat kes di mana khidmat individu yang bertindak sebagai tonto laut digunakan untuk menyalurkan maklumat awal mengenai pergerakan dan rondaan aset penguat kuasa," katanya.

Katanya, tindakan ini jelas bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang melarang sebarang aktiviti penangkapan, pengambilan atau pemusnahan sumber dalam kawasan Taman Laut yang diwartakan.

"Malaysia mempunyai 56 pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut Malaysia Akta Perikanan 1985 [Akta 317] yang merangkumi perairan sejauh satu, dua dan tiga batu nautika arah laut dari titik terluar pulau-pulau yang diukur pada tikas air surut.

"DOF sentiasa memperkukuh strategi pemantauan melalui rondaan berjadual dan bersepadu serta penggunaan sistem pemantauan bagi memastikan sebarang cubaan pencerobohan dapat dikesan dan diambil tindakan sewajarnya," katanya.

Adnan berkata, rondaan dan pemantauan tetap dilaksanakan mengikut perancangan strategik, manakala Pusat Komunikasi Perikanan (FishCOM) beroperasi 24 jam sehari bagi memantau pergerakan vesel perikanan secara berterusan.

"Sebarang aktiviti pencerobohan atau pengambilan hasil laut tanpa kebenaran dalam kawasan Taman Laut yang diwartakan adalah suatu kesalahan di bawah Akta 317," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2990
Type
newspaperArticle
Subjek
tonto laut, spear fishing, pukat hanyut
Koleksi
  • 2026 [16]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
hubungi Kami | Hantar maklumbalas
 

 

lihat

Semua PenerbitanKomuniti & KoleksiTarikh dikeluarkanPengarangTajukSubjekKoleksi iniTarikh dikeluarkanPengarangTajukSubjek

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
hubungi Kami | Hantar maklumbalas
 

 

PENOLAKAN LINK EKSTERNAL

Tautan ini disediakan sebagai kemudahan dan hanya untuk tujuan informasi. SEAFDEC/MFRDMD tidak bertanggung jawab atas keakuratan, legalitas, atau konten situs eksternal atau tautan berikutnya. Hubungi situs eksternal untuk jawaban atas pertanyaan tentang kontennya.

Jika Anda menemukan tautan eksternal yang tidak berfungsi, kami akan berterima kasih jika Anda dapat melaporkannya ke administrator repositori.

Klik UNDUH untuk membuka/melihat file.

Unduh