SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Masuk
Lihat Penerbitan 
  •   Rumah
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • Lihat Penerbitan
  •   Rumah
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • Lihat Penerbitan
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Pendaratan belangkas naik 14.44 peratus, usaha pemuliharaan diperkukuh

Thumbnail
Associated URL
www.hmetro.com.my
Tarikh
2026-06-20
Pengarang
BERNAMA
Metadata
Lihat penerbitan penuh

abstrak
Jumlah pendaratan belangkas di Malaysia yang meningkat 14.44 peratus dalam tempoh tiga tahun mencerminkan kemampuan ekosistem pesisir negara untuk terus menyokong kelangsungan spesies marin purba bernilai tinggi itu.
Penerangan
Putrajaya: Jumlah pendaratan belangkas di Malaysia yang meningkat 14.44 peratus dalam tempoh tiga tahun mencerminkan kemampuan ekosistem pesisir negara untuk terus menyokong kelangsungan spesies marin purba bernilai tinggi itu.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memaklumkan jumlah pendaratan belangkas meningkat daripada 232.80 tan metrik pada 2023 kepada 266.42 tan metrik pada 2025 manakala nilai borong pasarannya berkembang 9.32 peratus kepada RM2.68 juta berbanding RM2.45 juta dalam tempoh sama.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata belangkas merupakan khazanah biodiversiti marin negara yang mempunyai nilai strategik tinggi, bukan sahaja kepada ekosistem pesisir malah dalam bidang biosains dan bioperubatan.

"Peningkatan pendaratan belangkas menunjukkan ekosistem pesisir negara masih berupaya menyokong kelangsungan spesies ini.

"Namun, tekanan terhadap habitat semula jadi akibat pembangunan, pencemaran dan eksploitasi berlebihan menuntut tindakan pemuliharaan yang lebih bersepadu dan berterusan," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Belangkas Sedunia 2026 hari ini.

DOF memaklumkan walaupun sumbangan belangkas kepada keseluruhan sektor perikanan tangkapan negara hanya kira-kira 0.019 peratus daripada jumlah pendaratan, spesies itu mempunyai nilai premium dan berpotensi menjana pendapatan tambahan kepada komuniti nelayan pesisir.

Belangkas yang dikenali sebagai "fosil hidup" telah mendiami bumi sejak lebih 400 juta tahun lalu dan mempunyai kepentingan besar dalam bidang bioperubatan menerusi darah berwarna birunya yang mengandungi Amebocyte Lysate, iaitu bahan penting dalam ujian keselamatan vaksin dan ubat bagi mengesan pencemaran bakteria.

DOF memaklumkan Malaysia menjadi antara negara penting dalam pemuliharaan spesies itu kerana menjadi habitat kepada tiga daripada empat spesies belangkas dunia iaitu Carcinoscorpius rotundicauda, Tachypleus gigas dan Tachypleus tridentatus.

Walaupun data pendaratan menunjukkan perkembangan positif, DOF memaklumkan populasi belangkas masih berhadapan pelbagai ancaman termasuk kemusnahan habitat akibat pembangunan pesisir, pencemaran sisa plastik dan aktiviti pengambilan telur secara tidak terkawal.

Sehubungan dengan itu, DOF akan terus memperkukuh usaha pemuliharaan menerusi penguatkuasaan, penyelidikan saintifik, program pelepasan juvenil dan pewartaan kawasan pembiakan sebagai zon perlindungan spesies itu.

Jabatan itu menyeru masyarakat untuk bersama-sama memelihara ekosistem pesisir dan hutan bakau kerana usaha melindungi belangkas bukan sahaja penting bagi mengekalkan keseimbangan biodiversiti marin, malah mencerminkan komitmen negara terhadap pemuliharaan sumber semula jadi untuk generasi akan datang.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2993
Type
newspaperArticle
Subjek
belangkas, biodiversiti marin
Koleksi
  • 2026 [16]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
hubungi Kami | Hantar maklumbalas
 

 

lihat

Semua PenerbitanKomuniti & KoleksiTarikh dikeluarkanPengarangTajukSubjekKoleksi iniTarikh dikeluarkanPengarangTajukSubjek

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
hubungi Kami | Hantar maklumbalas
 

 

PENOLAKAN LINK EKSTERNAL

Tautan ini disediakan sebagai kemudahan dan hanya untuk tujuan informasi. SEAFDEC/MFRDMD tidak bertanggung jawab atas keakuratan, legalitas, atau konten situs eksternal atau tautan berikutnya. Hubungi situs eksternal untuk jawaban atas pertanyaan tentang kontennya.

Jika Anda menemukan tautan eksternal yang tidak berfungsi, kami akan berterima kasih jika Anda dapat melaporkannya ke administrator repositori.

Klik UNDUH untuk membuka/melihat file.

Unduh