SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • English 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Login
View Item 
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Lima spesis ikan yu tidak boleh ditangkap

Thumbnail
Associated URL
www.hmetro.com.my
Date
2026-07-15
Author
Muhaamad Hafis Nawawi
Metadata
Show full item record

Abstract
Jabatan Perikanan (DOF) memperketat kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras aktiviti penangkapan dan perdagangan haram spesies ikan yu yang dilindungi di negara ini.
Description
Kuala Lumpur: Jabatan Perikanan (DOF) memperketat kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras aktiviti penangkapan dan perdagangan haram spesies ikan yu yang dilindungi di negara ini.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, langkah itu termasuk memantau aktiviti penjualan hidupan marin berkenaan di platform media sosial susulan aduan yang diterima daripada orang awam.

Menurutnya, Malaysia merekodkan sebanyak 65 spesies ikan yu daripada tujuh kumpulan dan 20 keluarga, dengan kumpulan Carcharhiniformes menjadi order paling dominan merangkumi 44 spesies.

"Bagaimanapun, bukan semua spesies ikan yu di Malaysia dilindungi di bawah undang-undang.

"Ketika ini, hanya lima spesies disenaraikan sebagai hidupan dilindungi mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Kawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, spesies berkenaan ialah Yu Paus (Rhincodon typus), Yu Sirip Putih Lautan (Carcharhinus longimanus), Yu Tukul Licin (Sphyrna zygaena), Yu Tukul Besar (Sphyrna mokarran) dan Yu Tukul Sayap (Eusphyra blochii).

Selain itu, katanya, Yu Tukul Bengkong (Sphyrna lewini) kini sedang dalam proses pewartaan sebagai spesies terancam berdasarkan perkembangan maklumat saintifik dan status konservasi semasa.

Mengulas mengenai tindakan penguatkuasaan, Adnan berkata, baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor merampas 35.6 tan sirip ikan yu kering bernilai RM8.2 juta yang diimport tanpa permit sah dan diikrarkan secara palsu.

Katanya, pada 2016, tindakan tegas turut diambil membabitkan kes penangkapan Yu Paus.

Beliau berkata, berdasarkan data, terdapat peningkatan jumlah pendaratan ikan yu di Malaysia.

"Pada 2024, sebanyak 5,585.44 tan metrik direkodkan dengan nilai borong RM35.55 juta, sebelum meningkat kepada 6,836.47 tan metrik (bernilai RM47.04 juta) pada tahun berikutnya," katanya.

Susulan itu, katanya, DOF memberi amaran, mana-mana individu yang menangkap, memiliki, mengangkut, menjual atau memperdagangkan spesies yang dilindungi tanpa kebenaran boleh dihukum mengikut Akta Perikanan 1985.

"Kami juga menyeru komuniti nelayan supaya mengamalkan aktiviti penangkapan ikan secara bertanggungjawab.

"Sekiranya ikan yu yang dilindungi tersangkut sebagai tangkapan sampingan (by-catch) dan masih hidup, lepaskan ia semula ke laut dengan kaedah yang betul demi kelestarian ekosistem marin negara," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2994
Type
newspaperArticle
Subject
ikan yu, Yu Paus, Yu Sirip Putih Lautan, Yu Tukul Licin, Yu Tukul Besar, Yu Tukul Sayap
Taxonomic term
Rhincodon typus, Carcharhinus longimanus, Sphyrna zygaena, Sphyrna mokarran, Eusphyra blochii
Collections
  • 2026 [16]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

Browse

All of SMIRCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

EXTERNAL LINKS DISCLAIMER

This link is being provided as a convenience and for informational purposes only. SEAFDEC/MFRDMD bears no responsibility for the accuracy, legality or content of the external site or for that of subsequent links. Contact the external site for answers to questions regarding its content.

If you come across any external links that don't work, we would be grateful if you could report them to the repository administrators.

Click DOWNLOAD to open/view the file.

Download