Show simple item record

dc.contributor.authorMuhaamad Hafis Nawawi
dc.date.accessioned2026-07-29T04:47:29Z
dc.date.available2026-07-29T04:47:29Z
dc.date.issued2026-07-15
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/20.500.12561/2994
dc.descriptionKuala Lumpur: Jabatan Perikanan (DOF) memperketat kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras aktiviti penangkapan dan perdagangan haram spesies ikan yu yang dilindungi di negara ini. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, langkah itu termasuk memantau aktiviti penjualan hidupan marin berkenaan di platform media sosial susulan aduan yang diterima daripada orang awam. Menurutnya, Malaysia merekodkan sebanyak 65 spesies ikan yu daripada tujuh kumpulan dan 20 keluarga, dengan kumpulan Carcharhiniformes menjadi order paling dominan merangkumi 44 spesies. "Bagaimanapun, bukan semua spesies ikan yu di Malaysia dilindungi di bawah undang-undang. "Ketika ini, hanya lima spesies disenaraikan sebagai hidupan dilindungi mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Kawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, spesies berkenaan ialah Yu Paus (Rhincodon typus), Yu Sirip Putih Lautan (Carcharhinus longimanus), Yu Tukul Licin (Sphyrna zygaena), Yu Tukul Besar (Sphyrna mokarran) dan Yu Tukul Sayap (Eusphyra blochii). Selain itu, katanya, Yu Tukul Bengkong (Sphyrna lewini) kini sedang dalam proses pewartaan sebagai spesies terancam berdasarkan perkembangan maklumat saintifik dan status konservasi semasa. Mengulas mengenai tindakan penguatkuasaan, Adnan berkata, baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor merampas 35.6 tan sirip ikan yu kering bernilai RM8.2 juta yang diimport tanpa permit sah dan diikrarkan secara palsu. Katanya, pada 2016, tindakan tegas turut diambil membabitkan kes penangkapan Yu Paus. Beliau berkata, berdasarkan data, terdapat peningkatan jumlah pendaratan ikan yu di Malaysia. "Pada 2024, sebanyak 5,585.44 tan metrik direkodkan dengan nilai borong RM35.55 juta, sebelum meningkat kepada 6,836.47 tan metrik (bernilai RM47.04 juta) pada tahun berikutnya," katanya. Susulan itu, katanya, DOF memberi amaran, mana-mana individu yang menangkap, memiliki, mengangkut, menjual atau memperdagangkan spesies yang dilindungi tanpa kebenaran boleh dihukum mengikut Akta Perikanan 1985. "Kami juga menyeru komuniti nelayan supaya mengamalkan aktiviti penangkapan ikan secara bertanggungjawab. "Sekiranya ikan yu yang dilindungi tersangkut sebagai tangkapan sampingan (by-catch) dan masih hidup, lepaskan ia semula ke laut dengan kaedah yang betul demi kelestarian ekosistem marin negara," katanya.en
dc.description.abstractJabatan Perikanan (DOF) memperketat kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras aktiviti penangkapan dan perdagangan haram spesies ikan yu yang dilindungi di negara ini.en
dc.language.isomsen
dc.publisherHarian Metroen
dc.relation.urihttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/07/1384689/lima-spesis-ikan-yu-tidak-boleh-ditangkapen
dc.subjectikan yu, Yu Paus, Yu Sirip Putih Lautan, Yu Tukul Licin, Yu Tukul Besar, Yu Tukul Sayapen
dc.titleLima spesis ikan yu tidak boleh ditangkapen
dc.typenewspaperArticleen
dc.subject.scientificNameRhincodon typus, Carcharhinus longimanus, Sphyrna zygaena, Sphyrna mokarran, Eusphyra blochiien


Files in this item

FilesSizeFormatView

There are no files associated with this item.

This item appears in the following Collection(s)

  • 2026 [16]
    Newspaper Cutting

Show simple item record