SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Masuk
Lihat Penerbitan 
  •   Rumah
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • Lihat Penerbitan
  •   Rumah
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • Lihat Penerbitan
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Sekatan import udang Thailand, DOF laksana pemeriksaan timbal balik

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
Tarikh
2026-08-04
Pengarang
BERNAMA
Metadata
Lihat penerbitan penuh

abstrak
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang melaksanakan pemeriksaan maya secara timbal balik bersama pihak berkuasa Thailand dalam penilaian teknikal perdagangan perikanan susulan isu penggantungan sementara import lima spesies udang dari negara itu oleh Malaysia.
Penerangan
MERSING: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang melaksanakan pemeriksaan maya secara timbal balik bersama pihak berkuasa Thailand dalam penilaian teknikal perdagangan perikanan susulan isu penggantungan sementara import lima spesies udang dari negara itu oleh Malaysia.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain, berkata pemeriksaan itu meliputi penilaian terhadap komposisi dan pelaksanaan program biosekuriti di ladang serta semakan dokumen berkaitan, termasuk laporan analisis kimia di makmal dan penggunaan bahan terlarang.

Beliau berkata pemeriksaan juga membabitkan penilaian menyeluruh ladang, makmal, "hatchery" serta pintu masuk sempadan di kedua-dua negara.

"Pemeriksaan untuk udang telah selesai dan pada minggu ini ladang siakap pula, mereka memeriksa ladang kita dan sebaliknya," katanya selepas hadir Program Melabuh Tukun Tiruan Kuboid Penghalang Pukat Tunda di perairan Pulau Tinggi dan Pulau Sibu di sini.

Adnan berkata pemeriksaan secara maya yang bermula pada 28 Julai lepas dan dijadual berakhir pada Jumaat ini merupakan langkah penting dalam mengesahkan sistem pengeluaran udang dan siakap bagi kedua-dua negara.

"Kesemua pemeriksaan tersebut dilaksanakan selepas penilaian soal selidik bagi permohonan eksport udang Thailand ke Malaysia selesai di peringkat dokumentasi," katanya.

Beliau berkata proses penilaian itu dijangka selesai minggu ini dan kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan lanjut bagi meneliti dapatan berkenaan sebelum sebarang pengumuman dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

KPKM bulan lalu mengumumkan penggantungan sementara import lima spesies udang dari Thailand, berkuat kuasa 1 Jun, sebagai sebahagian daripada kawalan lebih ketat terhadap produk perikanan dari negara jiran itu.

Spesies yang terlibat ialah "Penaeus esculentus" (udang harimau coklat), "Fenneropenaeus merguiensis" (udang pisang), "Penaeus vannamei" (udang putih), "Penaeus monodon" (udang harimau) dan "Penaeus stylirostris" (udang biru).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Md Israk Abdullah, berkata sebanyak 20 unit Tukun Tiruan Kuboid Juvenil Penghalang Pukat Tunda dilabuhkan sebagai langkah memperkukuh perlindungan habitat marin.

Beliau berkata langkah itu juga bagi meningkatkan sumber perikanan serta membendung pencerobohan aktiviti pukat tunda di kawasan pesisir pantai, dengan masing-masing 10 tukun dilabuhkan di perairan Pulau Tinggi dan Pulau Sibu membabitkan peruntukan RM652,220.

"Setiap struktur seberat kira-kira 17 tan direka bentuk sebagai habitat perlindungan hidupan marin, kawasan agregasi ikan serta penghalang fizikal kepada aktiviti penangkapan ikan yang boleh menjejaskan ekosistem dasar laut," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2995
Type
newspaperArticle
Subjek
udang
Koleksi
  • 2026 [51]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
hubungi Kami | Hantar maklumbalas
 

 

lihat

Semua PenerbitanKomuniti & KoleksiTarikh dikeluarkanPengarangTajukSubjekKoleksi iniTarikh dikeluarkanPengarangTajukSubjek

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
hubungi Kami | Hantar maklumbalas
 

 

PENOLAKAN LINK EKSTERNAL

Tautan ini disediakan sebagai kemudahan dan hanya untuk tujuan informasi. SEAFDEC/MFRDMD tidak bertanggung jawab atas keakuratan, legalitas, atau konten situs eksternal atau tautan berikutnya. Hubungi situs eksternal untuk jawaban atas pertanyaan tentang kontennya.

Jika Anda menemukan tautan eksternal yang tidak berfungsi, kami akan berterima kasih jika Anda dapat melaporkannya ke administrator repositori.

Klik UNDUH untuk membuka/melihat file.

Unduh