SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Masuk
Lihat Penerbitan 
  •   Rumah
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • Lihat Penerbitan
  •   Rumah
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • Lihat Penerbitan
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Nelayan boleh mohon lesen menerusi program pemutihan

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
Tarikh
2026-07-16
Pengarang
BERNAMA
Metadata
Lihat penerbitan penuh

abstrak
Kerajaan memberi peluang kepada nelayan yang belum berlesen untuk mengemukakan permohonan menerusi Program Pemutihan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengisi kekosongan lesen yang dibatalkan.
Penerangan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi peluang kepada nelayan yang belum berlesen untuk mengemukakan permohonan menerusi Program Pemutihan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengisi kekosongan lesen yang dibatalkan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata nelayan pesisir pantai turut boleh mengemukakan permohonan lesen sampan khas kepada Pejabat Perikanan Daerah, tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan (DOF).

"Pendekatan ini membolehkan lebih ramai nelayan beroperasi secara sah, mendapat akses kepada pelbagai program bantuan kerajaan serta meningkatkan pematuhan terhadap peraturan perikanan demi kelestarian sumber dan kesejahteraan komuniti nelayan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) yang bertanyakan sama ada terdapat kelonggaran atau mekanisme khas berkaitan pengeluaran dan pembaharuan lesen penangkapan ikan bagi nelayan Zon A (bot pesisir pantai), khususnya nelayan tradisional yang berdepan dengan tindakan penguatkuasaan akibat isu pelesenan.

Mohamad berkata, sebanyak 800 lesen diluluskan di seluruh negara pada tahun lalu dan 915 lesen diluluskan pada tahun sebelumnya.

Beliau menjelaskan, mekanisme dan syarat pelesenan sedia ada masih relevan dan memenuhi keperluan semasa dalam memastikan lesen diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta bergantung kepada sektor perikanan sebagai sumber pendapatan utama.

Menjawab soalan tambahan Syed Abu Hussin mengenai keperluan menetapkan kriteria yang lebih telus, Mohamad berkata DOF, akan melihat kriteria bagi pengeluaran lesen dari semasa ke semasa kepada individu yang layak.

"Kalau ada misalnya mereka yang bukan bertaraf nelayan tetapi mendapat lesen, sila buat aduan secara bertulis ataupun berjumpa dengan pegawai kita untuk tindakan," katanya.

Mohamad berkata, antara kriteria permohonan lesen sampan khas ialah perakuan 10 tahun bermastautin daripada ketua kampung nelayan, turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari dalam setahun dan mendapat sokongan Pejabat Perikanan Negeri.

"Syarat utamanya mesti berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan, bekerja sebagai nelayan dan kalau orang berpencen, pencen tidak melebihi RM2,200.

"Kita beri kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Segala rungutan yang diberikan kita harap diperincikan... kalau ada kes-kes tertentu kita akan bertindak berdasarkan kes-kes yang dilaporkan," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2997
Type
newspaperArticle
Subjek
lesen, nelayan
Koleksi
  • 2026 [61]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
hubungi Kami | Hantar maklumbalas
 

 

lihat

Semua PenerbitanKomuniti & KoleksiTarikh dikeluarkanPengarangTajukSubjekKoleksi iniTarikh dikeluarkanPengarangTajukSubjek

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
hubungi Kami | Hantar maklumbalas
 

 

PENOLAKAN LINK EKSTERNAL

Tautan ini disediakan sebagai kemudahan dan hanya untuk tujuan informasi. SEAFDEC/MFRDMD tidak bertanggung jawab atas keakuratan, legalitas, atau konten situs eksternal atau tautan berikutnya. Hubungi situs eksternal untuk jawaban atas pertanyaan tentang kontennya.

Jika Anda menemukan tautan eksternal yang tidak berfungsi, kami akan berterima kasih jika Anda dapat melaporkannya ke administrator repositori.

Klik UNDUH untuk membuka/melihat file.

Unduh