SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

3,750 benih karang generasi pertama ditanam di Sarawak

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
日付
2026-06-23
著者
BERNAMA
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Jabatan Perikanan (DOF) menanam 3,750 benih karang generasi pertama di kawasan Terumbu Layang-Layang, Sarawak meliputi kawasan seluas 5,000 meter persegi sempena sambutan Minggu Laut Sedunia 2026, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pemulihan ekosistem marin negara.
記述
PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan (DOF) menanam 3,750 benih karang generasi pertama di kawasan Terumbu Layang-Layang, Sarawak meliputi kawasan seluas 5,000 meter persegi sempena sambutan Minggu Laut Sedunia 2026, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pemulihan ekosistem marin negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain, berkata bagi menyokong usaha pemulihan habitat marin, sebanyak 600 unit nubin karang turut dipasang di Pulau Redang bagi membantu proses pemulihan kawasan terumbu karang yang terjejas.

"Usaha pemuliharaan marin memerlukan komitmen berterusan serta kerjasama pelbagai pihak, memandangkan ekosistem laut memainkan peranan penting dalam menyokong sumber perikanan, kesejahteraan komuniti pesisir pantai serta keseimbangan alam sekitar.

"Program yang dilaksanakan sempena Minggu Laut Sedunia ini memberi ruang untuk memperkukuh pelbagai inisiatif pemuliharaan yang sedang dilaksanakan oleh DOF bersama rakan strategik dan komuniti setempat.

"Setiap usaha yang dilaksanakan, sama ada dalam aspek pemulihan habitat, perlindungan spesies marin mahupun peningkatan kesedaran awam adalah sebahagian daripada komitmen berterusan bagi memastikan kelestarian sumber dan ekosistem marin negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berkata, DOF turut meneruskan pelaksanaan Projek Benteng Biru melalui pemasangan 1,600 meter boya zon pemuliharaan ekosistem serta 37 unit boya penambat bot di Pulau Perhentian, Terengganu bagi melindungi kawasan sensitif marin daripada kerosakan fizikal.

"Dalam aspek konservasi spesies marin terancam, sebanyak 790 anak penyu termasuk penyu karah telah dilepaskan ke habitat semula jadi di Terengganu, Johor dan Melaka. Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi menyokong pemuliharaan spesies marin yang dilindungi serta meningkatkan kelangsungan populasi penyu di perairan negara," katanya.

Adnan berkata, pelbagai program pemuliharaan marin dilaksanakan sepanjang Minggu Laut Sedunia 2026 dengan kerjasama agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat bagi memastikan pengurusan sumber perikanan dan ekosistem marin negara terus terpelihara.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2999
Type
newspaperArticle
主題
benih karang, ekosistem marin
Collections
  • 2026 [51]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード