SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Lebih 5,000 nelayan, 350 pengusaha akuakultur berdaftar di Selangor dapat manfaat Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor - DOF Selangor

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
日付
2026-04-17
著者
Ruwaida Md Zain
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam bakal memberikan manfaat kepada lebih 5,000 nelayan serta pengusaha akuakultur berdaftar di Selangor.
記述
SHAH ALAM: Pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam bakal memberikan manfaat kepada lebih 5,000 nelayan serta pengusaha akuakultur berdaftar di Selangor.

Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar, berkata Bantuan Sokongan Sektor Pertanian yang bernilai RM25 juta yang turut merangkumi pengusaha akuakultur Dan nelayan membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dan Menteri Besar Selangor.

"Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Selangor merakamkan penghargaan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan kerajaan negeri yang mengambil kira peranan dan pengorbanan pengusaha akuakultur dan nelayan di Selangor atas menyumbang kepada pengeluaran, keperluan perikanan dan keterjaminan makanan di negeri ini.

"Hasil daripada pengumuman ini, seramai 350 pengusaha akuakultur yang berdaftar dengan DOF Selangor dijangka akan menerima manfaat Bantuan Sokongan Sektor Pertanian.

"Di samping itu juga Selangor merekodkan seramai 5,233 orang nelayan pantai dan 123 orang nelayan darat yang berdaftar.

"Kumpulan ini juga dijangka akan turut akan menerima manfaat Bantuan Sokongan Sektor Pertanian untuk tempoh enam bulan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Noraisyah berkata, daripada rekod tahun 2025, sektor akuakultur negeri Selangor menyumbang pengeluaran akuakultur sebanyak lebih 20,227.02 tan metrik (mt).

"Sumbangan daripada sektor perikanan tangkapan adalah sebanyak 150,254 mt manakala daripada nelayan darat adalah sebanyak 117.36 mt.

"Pengumuman ini dapat memberikan motivasi tinggi dan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran khususnya kepada pengusaha akuakultur dan nelayan di Selangor untuk terus memainkan peranan penting dalam menghasilkan sumber perikanan mencukupi bagi kegunaan negara khususnya keperluan di Selangor terutamanya apabila dunia sedang bergolak dengan krisis tenaga global Asia Barat," katanya.

Beliau berkata, DOF Selangor komited untuk memastikan semua agenda Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dapat dijayakan sepenuhnya terutama apabila melibatkan golongan penternak akuakultur dan nelayan di negeri ini.

Semalam, Amirudin mengumumkan Selangor memperuntukkan sejumlah RM130.42 juta Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 dalam usaha mendepani konflik semasa yang sedang berlaku di Asia Barat pada ketika ini.

Dalam pakej berkenaan, sejumlah RM25 juta diperuntukkan bagi Bantuan Sokongan Sektor Pertanian yang akan mula disalurlan pada bulan Jun ini.

Amirudin menjelaskan, dalam pakej itu 18,000 pesawah akan menerima RM500/hektar.

Bagi petani, penternak dan akuakultur pula, mereka akan menerima RM450 sebulan selama enam bulan manakala nelayan pula akan menerima RM300 sebulan selama enam bulan.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3004
Type
newspaperArticle
主題
akuakultur, nelayan
Collections
  • 2026 [51]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード