SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Sirip ikan yu kering, daging babi sejuk beku lebih RM10 juta dirampas

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
日付
2026-04-07
著者
Norzamira Che Noh
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor merampas sirip ikan yu kering, daging babi serta ayam sejuk beku bernilai lebih RM10 juta menerusi Op Petasan pada Februari dan Mac lalu.
記述
PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor merampas sirip ikan yu kering, daging babi serta ayam sejuk beku bernilai lebih RM10 juta menerusi Op Petasan pada Februari dan Mac lalu.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi, berkata kes pertama membabitkan rampasan sejumlah 35,660 kilogram (kg) sirip ikan yu kering bernilai lebih RM8.2 juta termasuk duti dan cukai.

Katanya, dagangan ditemui menerusi pemeriksaan terhadap tiga kontena di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Utara masing-masing pada 12 Februari, 2 Mac serta 9 Mac lalu.

"Hasil pemeriksaan ke atas kontena terbabit menemukan 35,660kg sirip ikan yu kering yang dipercayai diimport tanpa permit sah.

"Nilai dagangan dianggarkan RM7,132,000, manakala duti dan cukai dianggarkan RM1,107,749," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, pengimportan sirip ikan yu kering tertakluk permit import dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sebagaimana Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, serta Permit Import Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

"Dagangan berasal dari sebuah negara di benua Amerika Selatan dan dipercayai dibawa masuk untuk pasaran dalam negara," katanya.

Dalam kes berasingan, empat kontena sejuk beku ditahan di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Utara pada 6 Februari lalu mengandungi ayam dan daging babi sejuk beku dipercayai diimport tanpa permit dianggarkan bernilai lebih RM2.2 juta termasuk duti dan cukai.

Dagangan berkenaan berasal dari sebuah negara di Asia dan siasatan mendapati kontena tiba di Pelabuhan Klang pada 16 dan 20 Januari lalu dipercayai untuk pasaran sempena Tahun Baharu Cina.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3005
Type
newspaperArticle
主題
yu, cukai
Collections
  • 2026 [51]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード