SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

675 ikan larangan pelbagai spesies, 304 kura-kura dan labi-labi disita di Jalan Pudu

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
日付
2026-03-05
著者
Nur Fatihah Omar Baki
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Pihak berkuasa merampas 675 jenis ikan larangan pelbagai spesies serta 304 kura-kura dan labi-labi bernilai lebih RM335,000 dalam operasi bersepadu membanteras penjualan hidupan akuatik larangan di sekitar Jalan Pudu, di sini, hari ini.
記述
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa merampas 675 jenis ikan larangan pelbagai spesies serta 304 kura-kura dan labi-labi bernilai lebih RM335,000 dalam operasi bersepadu membanteras penjualan hidupan akuatik larangan di sekitar Jalan Pudu, di sini, hari ini.

Operasi dijalankan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), selain Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Suhanah Kassiron, berkata operasi menyasarkan enam premis dengan antara spesies ikan larangan disita termasuk Arapaima, Sturgeon, Midas, Peacock bass, udang kara Cambaridae, Baung Ekor Merah Amazon, Pacu dan Flowerhorn.

"Spesies itu dilarang kerana sifatnya invasif dan berisiko tinggi menjejaskan biodiversiti perairan, serta menggugat populasi ikan asli tempatan sekiranya terlepas ke perairan.

"Semua ikan disita akan ditempatkan di Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tujuan tindakan lanjut," katanya ketika sidang media selepas operasi itu hari ini.

Turut hadir Timbalan Komander WCB/ PSK Bukit Aman, Superintendan Mohd Redzuan Zainol Abidin dan Penolong Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Celescoriano Razond.

Suhanah berkata, semua tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut Akta Perikanan 1985 (Akta 317), Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import bagi Ikan) 1990 (Pindaan 2024) dan Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan 2017.

"Selain itu, ia juga membabitkan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

"Operasi ini bukan sahaja membanteras aktiviti tidak sah, malah memperkukuh sinergi strategik antara DOF dan PDRM melalui penglibatan WCB dalam menangani jenayah melibatkan hidupan akuatik.

"Pemilik premis yang gagal mematuhi peraturan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.

"Orang awam dan pengusaha premis dinasihatkan sentiasa merujuk kepada Pejabat Perikanan terdekat sebelum memiliki atau memperdagangkan spesies ikan asing bagi mengelakkan tindakan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Celescoriano berkata, dalam operasi sama, pihaknya merampas 304 kura-kura dan labi-labi dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000 yang dipercayai diseludup masuk dari luar negara.

"Semua haiwan ini akan dibawa ke Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sementara menunggu arahan mahkamah untuk pelupusan atau dilepaskan ke habitat asal," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3009
Type
newspaperArticle
主題
ikan larangan, kura-kura, labi-labi
Taxonomic term
Arapaima, Sturgeon, Midas, Peacock bass, udang kara Cambaridae, Baung Ekor Merah Amazon, Pacu, Flowerhorn
Collections
  • 2026 [61]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード