SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Pantai Mersing `diserang' ubur-ubur

Thumbnail
Associated URL
www.bharian.com.my
日付
2026-02-18
著者
Izz Laily Hussein
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Pejabat Perikanan Johor mengesan kehadiran ubur-ubur di perairan Mersing, sekali gus mengingatkan orang ramai yang mengunjungi perairan itu atau yang melakukan aktiviti air supaya berhati-hati.
記述
JOHOR BAHRU: Pejabat Perikanan Johor mengesan kehadiran ubur-ubur di perairan Mersing, sekali gus mengingatkan orang ramai yang mengunjungi perairan itu atau yang melakukan aktiviti air supaya berhati-hati.

Pengarah Perikanan Johor, Rosmawati Ghazali, berkata amaran dikeluarkan supaya semua pihak berhati-hati bagi mengelakkan terkena sengatan ubur-ubur yang berbahaya itu.

"Kami menerima laporan pengesanan kehadiran ubur-ubur di perairan Mersing. Semua pengunjung dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti riadah pantai atau snorkeling atau selam skuba dan memakai pakaian bertutup keseluruhan atau bersesuaian bagi mengelakkan terkena serangan ubur-ubur.

"Kita ingin meminta orang ramai berhati-hati dengan kehadiran ubur-ubur di pesisir pantai dan laut. Jangan sentuh dan berenang di kawasan yang terdapatnya spesis ubur-ubur ini," katanya menerusi satu amaran yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), hari ini.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan, Pejabat Perikanan Johor berkata, ubur-ubur yang muncul di perairan negeri ini adalah spesies Physalia physalis yang juga dikenali sebagai Protuguese Man Of War Jellyfish.

Katanya, ia adalah haiwan yang menyerupai ubur-ubur dan memiliki sengatan yang berbisa dan boleh membawa kematian.

"Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit yang melampau jika terkena pada badan. Haiwan ini biasanya dijumpai di Lautan Pasifik. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ia turut dikesan di perairan Thailand, Kuantan, Pulau Tioman dan Sabah," katanya.

Katanya, ubur-ubur yang ditemui di perairan Mersing itu mungkin disebabkan ia hanyut dibawa arus deras pada musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur.

Pejabat Perikanan Johor berkata, tidak ada antivenom untuk bisa yang disebabkan sengatan Physalia dan rawatannya hanya berbentuk ubat penahan sakit dan melegakan simptom.

"Jika terkena sengatan ubur-ubur ini, orang ramai dinasihatkan supaya bergegas ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin.

"Jika orang ramai menjumpai ubur-ubur ini di kawasan yang lain, sila maklumkan kepada DOF melalui Pejabat Perikanan Daerah yang terdekat supaya hebahan dan larangan dapat dibuat dengan segera," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3011
Type
newspaperArticle
主題
ubur-ubur, Jellyfish
Collections
  • 2026 [61]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード