SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ไทย 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • เข้าสู่ระบบ
ดูรายการ 
  •   SMIR บ้าน
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • ดูรายการ
  •   SMIR บ้าน
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • ดูรายการ
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Prestasi sektor perikanan terus kukuh, KDNK cecah RM9.18 bilion - DOF

Thumbnail
URL ที่เชื่อมโยง
www.bharian.com.my
วันที่
2026-01-21
ผู้เขียน
BERNAMA
เมตาดาต้า
แสดงระเบียนรายการเต็ม

นามธรรม
Prestasi sektor perikanan negara terus menunjukkan momentum positif apabila Nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor itu meningkat kepada RM9.18 bilion sehingga suku ketiga (Q3) 2025, berbanding RM8.94 bilion pada 2024, sekali gus mengekalkan sumbangan 0.7 peratus kepada KDNK negara.
Description
PUTRAJAYA: Prestasi sektor perikanan negara terus menunjukkan momentum positif apabila Nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor itu meningkat kepada RM9.18 bilion sehingga suku ketiga (Q3) 2025, berbanding RM8.94 bilion pada 2024, sekali gus mengekalkan sumbangan 0.7 peratus kepada KDNK negara.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memaklumkan peningkatan berkenaan didorong oleh prestasi subsektor perikanan tangkapan yang meningkat daripada RM5.77 bilion kepada RM6.05 bilion, manakala subsektor akuakultur merekodkan nilai RM3.14 bilion.

"Kejayaan ini mencerminkan transformasi sektor perikanan ke arah lebih moden dan lestari, di samping memperkukuh keterjaminan makanan negara serta peranan sektor ini sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi.

"Pencapaian ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membangunkan ekonomi yang inklusif dan lestari," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain, berkata prestasi memberangsangkan pada 2025 adalah hasil sinergi erat antara kerajaan, komuniti nelayan dan pemain industri.

"Pencapaian ekonomi ini menjadi asas kukuh untuk melonjakkan sektor perikanan pada 2026 dengan fokus kepada pendigitalan, pembangunan usahawan perikanan yang berdaya saing serta pelaksanaan program konservasi strategik.

"Prestasi cemerlang ini membuktikan peranan nelayan dan penternak bukan sekadar membekalkan makanan, malah menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara serta kelestarian sumber perikanan untuk generasi akan datang," katanya.

Beliau berkata pada 2026, DOF akan menekankan inovasi dan produktiviti sebagai teras utama, sejajar dengan pengukuhan budaya integriti dan profesionalisme dalam tadbir urus sektor.

DOF turut menegaskan komitmen memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berorientasikan hasil, selaras dengan amanat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Komitmen itu merangkumi pemerkasaan subsektor perikanan tangkapan dan akuakultur, penyelidikan dan pembangunan (R&D), penguatkuasaan berkesan serta pemuliharaan sumber marin bagi memastikan ekosistem perikanan negara kekal produktif dan lestari.

Bagi 2026, subsektor akuakultur menyasarkan pengeluaran sebanyak 530,000 tan berbanding 510,000 tan pada 2025, disokong pelaksanaan pelbagai program peningkatan pengeluaran termasuk ternakan, pembangunan baka benih dan bantuan kepada kumpulan sasar.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3012
Type
newspaperArticle
เรื่อง
perikanan, akuakultur
คอลเลกชัน
  • 2026 [61]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
ติดต่อเรา | ส่งความคิดเห็น
 

 

หมวด

ทั้งหมดของ SMIRชุมชนและคอลเล็กชันตามวันที่ออกผู้เขียนชื่อเรื่องอาสาสมัครคอลเลกชันนี้ตามวันที่ออกผู้เขียนชื่อเรื่องอาสาสมัคร

บัญชีของฉัน

เข้าสู่ระบบRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
ติดต่อเรา | ส่งความคิดเห็น
 

 

การปฏิเสธความรับผิดเกี่ยวกับลิงก์ภายนอก

ลิงค์นี้จัดทำขึ้นเพื่อความสะดวกและเพื่อให้ข้อมูลเท่านั้น SEAFDEC/MFRDMD ไม่รับผิดชอบต่อความถูกต้อง ความถูกต้องตามกฎหมาย หรือเนื้อหาของเว็บไซต์ภายนอกหรือลิงก์ที่ตามมา ติดต่อไซต์ภายนอกสำหรับคำตอบสำหรับคำถามเกี่ยวกับเนื้อหา

หากคุณพบลิงก์ภายนอกที่ใช้งานไม่ได้ เราจะยินดีเป็นอย่างยิ่งหากคุณสามารถรายงานไปยัง ผู้ดูแลระบบพื้นที่เก็บข้อมูล.

คลิก ดาวน์โหลด เพื่อเปิด/ดูไฟล์

ดาวน์โหลด