SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ไทย 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • เข้าสู่ระบบ
ดูรายการ 
  •   SMIR บ้าน
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • ดูรายการ
  •   SMIR บ้าน
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • ดูรายการ
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Insiden sengatan ikan ketuka jarang berlaku, tiada kluster - DOF Pulau Pinang

Thumbnail
URL ที่เชื่อมโยง
www.bharian.com.my
วันที่
2026-01-07
ผู้เขียน
BERNAMA
เมตาดาต้า
แสดงระเบียนรายการเต็ม

นามธรรม
Kejadian sengatan ikan ketuka di Pulau Pinang disifatkan sebagai kes terpencil kerana jarang berlaku dan tidak membabitkan laporan berulang atau kluster yang signifikan, khususnya di Pantai Tanjung Asam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Description
GEORGETOWN: Kejadian sengatan ikan ketuka di Pulau Pinang disifatkan sebagai kes terpencil kerana jarang berlaku dan tidak membabitkan laporan berulang atau kluster yang signifikan, khususnya di Pantai Tanjung Asam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengarah Perikanan negeri, Zarina Zainuddin, berkata setakat ini Pantai Tanjung Asam tidak dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi terhadap kehadiran ikan ketuka atau lebih dikenali sebagai pari ketuka kerana kawasan itu tidak mempunyai sejarah konsisten kemunculan spesies berkenaan.

Bagaimanapun, jabatan itu mengambil perhatian insiden membabitkan seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun disengat ikan ketuka ketika mandi di pantai itu dengan pemantauan berkala akan diteruskan bagi memastikan keselamatan pengunjung.

"Ikan itu merupakan kumpulan ikan pari daripada keluarga Dasyatidae, lazimnya lebih aktif serta mendekati kawasan pantai cetek semasa musim panas dan peralihan monsun apabila suhu air serta keadaan ombak sesuai untuk aktiviti pemakanan atau pembiakan tetapi kehadirannya tidak menentu dan sukar diramal.

"Perubahan arus yang membawa nutrien atau sumber makanan seperti udang dan ikan kecil, aktiviti manusia termasuk pembuangan sisa makanan atau sisa akuakultur tidak terkawal, kekeruhan air dan struktur dasar yang menjadi habitat semula jadi antara faktor kehadirannya ke kawasan pantai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zarina berkata bisa ikan pari tertumpu pada duri bahagian ekor dan mengandungi campuran protein kompleks yang bersifat termolabil, iaitu boleh terurai apabila terdedah kepada haba.

Toksin itu boleh menyebabkan dua kali ganda kesan iaitu kesan tempatan seperti keradangan, bengkak dan kematian tisu (nekrosis) pada kawasan luka sengatan yang biasanya sukar sembuh serta berisiko tinggi terkena jangkitan kuman.

Dalam kes lebih serius, beliau berkata mangsa boleh mengalami kekejangan otot, penurunan tekanan darah, muntah serta gangguan ritma jantung.

"Bisa ikan ketuka tidak dihasilkan dalam kelenjar yang nyata seperti ular sebaliknya terkandung dalam tisu epitelium (kulit) yang menyaluti duri atau taji pada ekor. Jadi apabila duri itu menusuk kulit mangsa, sarung kulit akan pecah dan melepaskan toksin terus ke dalam luka," katanya.

Zarina menasihatkan ibu bapa dan pengunjung pantai supaya mengelakkan kawasan berlumpur, berkelodak atau berkarang yang berpotensi menjadi tempat ikan ketuka bersembunyi selain tidak menyentuh atau mengangkat hidupan laut yang tidak dikenali serta sentiasa mengawasi anak ketika di pantai.

Zarina berkata jika disengat, bahagian terlibat disarankan direndam dalam air panas pada suhu sekitar 45 darjah Celsius atau setakat yang mampu ditanggung selama 30 hingga 90 minit bagi menyahaktifkan protein bisa dan mengurangkan kesakitan.

"Jika duri tertanam pada bahagian kritikal seperti dada atau perut, jangan mencabutnya dan segera mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Pada 3 Januari, kanak-kanak 10 tahun Zaeed Khan Wazir Khan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas disengat ikan ketuka ketika mandi di Pantai Tanjung Asam Gertak Sanggul pada kira-kira 5 petang.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3013
Type
newspaperArticle
เรื่อง
ikan ketuka
คอลเลกชัน
  • 2026 [61]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
ติดต่อเรา | ส่งความคิดเห็น
 

 

หมวด

ทั้งหมดของ SMIRชุมชนและคอลเล็กชันตามวันที่ออกผู้เขียนชื่อเรื่องอาสาสมัครคอลเลกชันนี้ตามวันที่ออกผู้เขียนชื่อเรื่องอาสาสมัคร

บัญชีของฉัน

เข้าสู่ระบบRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
ติดต่อเรา | ส่งความคิดเห็น
 

 

การปฏิเสธความรับผิดเกี่ยวกับลิงก์ภายนอก

ลิงค์นี้จัดทำขึ้นเพื่อความสะดวกและเพื่อให้ข้อมูลเท่านั้น SEAFDEC/MFRDMD ไม่รับผิดชอบต่อความถูกต้อง ความถูกต้องตามกฎหมาย หรือเนื้อหาของเว็บไซต์ภายนอกหรือลิงก์ที่ตามมา ติดต่อไซต์ภายนอกสำหรับคำตอบสำหรับคำถามเกี่ยวกับเนื้อหา

หากคุณพบลิงก์ภายนอกที่ใช้งานไม่ได้ เราจะยินดีเป็นอย่างยิ่งหากคุณสามารถรายงานไปยัง ผู้ดูแลระบบพื้นที่เก็บข้อมูล.

คลิก ดาวน์โหลด เพื่อเปิด/ดูไฟล์

ดาวน์โหลด