SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

DOF PERKUKUH TADBIR URUS SEKTOR AKUAKULTUR, PELESENAN WAJIB KEPADA PENGUSAHA

Thumbnail
Associated URL
blis.bernama.com
日付
2026-07-28
著者
BERNAMA
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Jabatan Perikanan (DOF) terus memperkukuh tadbir urus sektor akuakultur negara menerusi pelaksanaan pendaftaran dan pelesenan wajib bagi semua pengusaha akuakultur perikanan darat di Negeri Sembilan.
記述
SEREMBAN, 28 Julai (Bernama) -- Jabatan Perikanan (DOF) terus memperkukuh tadbir urus sektor akuakultur negara menerusi pelaksanaan pendaftaran dan pelesenan wajib bagi semua pengusaha akuakultur perikanan darat di Negeri Sembilan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia adalah langkah memastikan industri berkembang secara mampan, berdaya saing dan mematuhi piawaian biosekuriti, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

“Pelaksanaan Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) (Negeri Sembilan) 2023 adalah langkah strategik memperkemas sistem kawal selia industri akuakultur, selain memastikan aktiviti penternakan ikan darat dilaksanakan secara teratur, selamat dan mematuhi undang-undang.

“Kaedah itu mewajibkan semua individu, syarikat atau pertubuhan yang menjalankan aktiviti itu sama ada menggunakan kolam tanah, kolam simen, tangki, sangkar atau sistem ternakan lain untuk mendapatkan lesen daripada DOF sebelum memulakan operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mengadakan lawatan kerja dan sesi libat urus bersama 60 penternak akuakultur, nelayan darat dan pengusaha industri asas tani di Rembau di sini hari ini.

Menurut Mohamad, pelaksanaan pelesenan itu bukan hanya memenuhi keperluan perundangan tetapi memperkukuh biosekuriti, mencegah penularan penyakit ikan, melindungi sumber air daripada pencemaran serta mengawal ancaman spesies ikan asing invasif yang boleh menjejaskan biodiversiti dan ekosistem perairan darat.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata sehingga kini, Negeri Sembilan merekodkan 440 pengusaha akuakultur darat aktif dengan Port Dickson mencatatkan bilangan tertinggi, iaitu 106 pengusaha, Tampin (70), Jempol (60), Kuala Pilah (56), Rembau (47), Seremban (35) dan Jelebu (24).

Menurut Mohamad, bagi memperluaskan kaedah itu, DOF Negeri Sembilan mengeluarkan 12 lesen akuakultur darat setakat ini dan menyasarkan 60 lesen dikeluarkan sepanjang tahun ini melalui program libat urus, khidmat nasihat teknikal serta bimbingan berterusan kepada pengusaha.

Dalam pada itu, beliau berkata DOF menyalurkan sokongan pembangunan melalui Skim Pengembangan dan Khidmat Nasihat Akuakultur berjumlah RM1.024 juta kepada 30 penternak pada tahun ini bagi membantu meningkatkan produktiviti, keupayaan teknikal serta pengurusan operasi.

“Selain itu, sebanyak 10 penternak turut menerima bantuan menerusi Program Pemerkasaan Agromakanan Negara berjumlah RM500,000 bagi memperkukuh kapasiti pengeluaran dan daya saing industri akuakultur di Negeri Sembilan,” katanya.

Mohamad turut berkata sektor perikanan Negeri Sembilan terus menunjukkan prestasi positif apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RM19 juta pada tahun lepas berbanding RM17.6 juta pada 2024, sekali gus mencatat pertumbuhan sebanyak 6.4 peratus.

Beliau berkata sektor berkenaan turut menyumbang 0.03 peratus kepada KDNK negeri dan 0.2 peratus kepada KDNK sektor perikanan negara yang mencerminkan peranan industri itu dalam menyokong pembangunan ekonomi serta keterjaminan makanan negara.

-- BERNAMA
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3015
Type
newspaperArticle
主題
DOF, tadbir urus, akuakultur, sokongan pembangunan, KDNK, Negeri Sembila
Collections
  • 2026 [51]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード