SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

DOF PERKUKUH PEMULIHARAAN PERIKANAN DARAT, 32,000 BENIH IKAN DILEPASKAN DI JERANTUT

Thumbnail
Associated URL
blis.bernama.com
日付
2026-07-18
著者
ANIS NABILLA MD WAZILAH
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Jabatan Perikanan (DOF) terus memperkukuh usaha pemuliharaan sumber perikanan darat dengan melepaskan sebanyak 32,000 benih ikan tempatan ke habitat semula jadi di Santuari Ikan Kuala Sat, Jerantut hari ini.
記述
KUANTAN, 18 Julai (Bernama) -- Jabatan Perikanan (DOF) terus memperkukuh usaha pemuliharaan sumber perikanan darat dengan melepaskan sebanyak 32,000 benih ikan tempatan ke habitat semula jadi di Santuari Ikan Kuala Sat, Jerantut hari ini.

Program melepaskan ikan kelah dan lampam sungai itu ialah sebahagian daripada komitmen berterusan DOF dalam memulihkan populasi ikan asli, memperkaya sumber perikanan darat dan memastikan keseimbangan ekosistem perairan terus terpelihara.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan berkata usaha berkenaan bukan sahaja memberikan fokus kepada perlindungan spesies ikan asli, malah turut memastikan sumber perikanan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat melalui pembangunan ekopelancongan dan pengukuhan ekonomi komuniti.

"Pelepasan benih ikan kelah dan lampam sungai merupakan komitmen jabatan ini dalam memulihkan populasi ikan tempatan serta memelihara khazanah biodiversiti negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak melepaskan spesies ikan asing ke sungai, tasik atau mana-mana perairan umum kerana tindakan itu boleh mengancam spesies ikan asli dan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Beliau berkata sekiranya ingin melaksanakan program pelepasan ikan, orang ramai diminta merujuk kepada Pejabat Perikanan berhampiran untuk mendapatkan panduan teknikal yang betul.

Dalam kenyataan sama, DOF memaklumkan setakat Jun lepas, jabatan itu telah melaksanakan pelepasan sebanyak 2,741,652 ekor benih ikan asli di seluruh negara, dengan 941,510 ekor daripadanya dilepaskan di Pahang.

Usaha ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kelestarian sumber perikanan darat serta pemulihan stok ikan asli untuk manfaat generasi akan datang.

Di samping itu, sektor perikanan darat negara pada 2025 merekodkan jumlah pendaratan sebanyak 9,912.19 tan metrik dengan nilai keseluruhan lebih RM200 juta.

-- BERNAMA
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3018
Type
newspaperArticle
主題
Pahang, benih ikan, Jerantut, DOF, perikanan
Collections
  • 2026 [51]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード