SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • 日本語 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • ログイン
アイテム表示 
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
  •   ホーム
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • アイテム表示
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Nelayan Vietnam dominasi tangkapan

Thumbnail
閲覧/開く
Newspaper Article (385.6Kb)
日付
2026-08-10
著者
Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Metadata
アイテムの詳細レコードを表示する

抄録
Pencerobohan nelayan asing di perairan negara bukan sekadar mengakibatkan kerugian hasil laut bernilai jutaan ringgit, malah semakin membimbangkan apabila ada antara mereka sanggup merempuh aset penguat kuasa serta menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengelak ditahan.
記述
Pencerobohan nelayan asing di perairan negara bukan sekadar mengakibatkan kerugian hasil laut bernilai jutaan ringgit, malah semakin membimbangkan apabila ada antara mereka sanggup merempuh aset penguat kuasa serta menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengelak ditahan.

Statistik APMM menunjukkan 133 bot nelayan asing membabitkan 803 kru berjaya ditahan sepanjang tempoh 2024 hingga Mac tahun ini kerana menceroboh serta menangkap hasil laut secara haram di perairan Malaysia.

Daripada jumlah itu, nelayan Vietnam terus mendominasi rekod tangkapan dengan 64 bot membabitkan 533 kru, diikuti Indonesia 36 bot bersama 137 kru, Thailand 23 bot dengan 65 kru, Filipina sembilan bot membabitkan 58 kru dan sebuah bot dari China bersama 10 kru.

Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini sahaja, APMM menahan 16 bot nelayan asing bersama 69 kru.

Filipina mencatat jumlah tangkapan tertinggi dengan sembilan bot dan 44 kru, diikuti Indonesia yang merekodkan empat bot bersama 17 kru. Thailand pula membabitkan tangkapan

dua bot dan lima kru, manakala Vietnam sebuah bot bersama tiga kru.

Trend itu menunjukkan ancaman pencerobohan masih berterusan meskipun operasi penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan perairan negara.

Lebih membimbangkan, tindakan penguatkuasaan sering berdepan tentangan agresif daripada nelayan asing yang sanggup mempertaruhkan nyawa bagi meloloskan diri.

Rekod APMM menunjukkan

17 insiden provokasi dan keganasan membabitkan vesel nelayan asing direkodkan antara tahun 2020 hingga 2024, dengan kebanyakannya melibatkan nelayan dari Vietnam.

Sebanyak empat kes direkodkan pada 2020, meningkat kepada enam kes pada 2021 sebelum menurun kepada tiga kes masing-masing pada 2022 dan 2023 serta satu kes pada 2024.

Menurut APMM, antara bentuk keganasan dilakukan termasuk merempuh dan menghimpit kapal penguat kuasa, cubaan melanggar aset APMM, menyerang pegawai ketika operasi pemeriksaan di atas vesel, selain menggunakan objek keras dan senjata tajam.

Terdapat juga kes nelayan asing bertindak menghalang proses penahanan dengan pelbagai cara termasuk melakukan gerakan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan anggota penguat kuasa.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/3038
Type
newspaperArticle
主題
tangkapan, nelayan, ikan, Vietnam
Collections
  • 2026 [61]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

ブラウズ

リポジトリ全体コミュニティ/コレクション公開日著者タイトル主題このコレクション公開日著者タイトル主題

登録利用者

ログイン登録

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
連絡先 | ご意見をお寄せ下さい
 

 

外部リンクの免責事項

このリンクは、便宜上および情報提供のみを目的として提供されています。 SEAFDEC / IFRDMDは、外部サイトの正確性、合法性、コンテンツ、または後続のリンクのコンテンツについて責任を負いません。 内容に関する質問への回答は、外部サイトにお問い合わせください。

動作しない外部リンクに遭遇した場合は、それらをに報告していただければ幸いです リポジトリ管理者.

ダウンロードをクリックしてファイルを開いたり表示したりします。

ダウンロード