Tunjukkan penerbitan mudah

dc.contributor.authorMohd Jamilul Anbia Md Denin
dc.date.accessioned2026-08-10T03:49:29Z
dc.date.available2026-08-10T03:49:29Z
dc.date.issued2026-08-10
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/20.500.12561/3038
dc.descriptionPencerobohan nelayan asing di perairan negara bukan sekadar mengakibatkan kerugian hasil laut bernilai jutaan ringgit, malah semakin membimbangkan apabila ada antara mereka sanggup merempuh aset penguat kuasa serta menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengelak ditahan. Statistik APMM menunjukkan 133 bot nelayan asing membabitkan 803 kru berjaya ditahan sepanjang tempoh 2024 hingga Mac tahun ini kerana menceroboh serta menangkap hasil laut secara haram di perairan Malaysia. Daripada jumlah itu, nelayan Vietnam terus mendominasi rekod tangkapan dengan 64 bot membabitkan 533 kru, diikuti Indonesia 36 bot bersama 137 kru, Thailand 23 bot dengan 65 kru, Filipina sembilan bot membabitkan 58 kru dan sebuah bot dari China bersama 10 kru. Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini sahaja, APMM menahan 16 bot nelayan asing bersama 69 kru. Filipina mencatat jumlah tangkapan tertinggi dengan sembilan bot dan 44 kru, diikuti Indonesia yang merekodkan empat bot bersama 17 kru. Thailand pula membabitkan tangkapan dua bot dan lima kru, manakala Vietnam sebuah bot bersama tiga kru. Trend itu menunjukkan ancaman pencerobohan masih berterusan meskipun operasi penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan perairan negara. Lebih membimbangkan, tindakan penguatkuasaan sering berdepan tentangan agresif daripada nelayan asing yang sanggup mempertaruhkan nyawa bagi meloloskan diri. Rekod APMM menunjukkan 17 insiden provokasi dan keganasan membabitkan vesel nelayan asing direkodkan antara tahun 2020 hingga 2024, dengan kebanyakannya melibatkan nelayan dari Vietnam. Sebanyak empat kes direkodkan pada 2020, meningkat kepada enam kes pada 2021 sebelum menurun kepada tiga kes masing-masing pada 2022 dan 2023 serta satu kes pada 2024. Menurut APMM, antara bentuk keganasan dilakukan termasuk merempuh dan menghimpit kapal penguat kuasa, cubaan melanggar aset APMM, menyerang pegawai ketika operasi pemeriksaan di atas vesel, selain menggunakan objek keras dan senjata tajam. Terdapat juga kes nelayan asing bertindak menghalang proses penahanan dengan pelbagai cara termasuk melakukan gerakan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan anggota penguat kuasa.en
dc.description.abstractPencerobohan nelayan asing di perairan negara bukan sekadar mengakibatkan kerugian hasil laut bernilai jutaan ringgit, malah semakin membimbangkan apabila ada antara mereka sanggup merempuh aset penguat kuasa serta menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengelak ditahan.en
dc.publisherHarian Metroen
dc.subjecttangkapan, nelayan, ikan, Vietnamen
dc.titleNelayan Vietnam dominasi tangkapanen
dc.typenewspaperArticleen


Fail dalam item ini

Thumbnail

Penerbitan ini terdapat dalam koleksi berikut

  • 2026 [61]
    Newspaper Cutting

Tunjukkan penerbitan mudah