SEAFDEC/MFRDMDINSTITUTIONAL REPOSITORY
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Indonesia 
    • English
    • Bahasa Melayu
    • 日本語
    • ไทย
    • Bahasa Indonesia
  • Login
View Item 
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
  •   SEAFDEC/MFRDMD Institutional Repository (SMIR)
  • 05 ISMAT External Publications
  • 01 Paper Cutting Compilation
  • 2026
  • View Item
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

2 cubaan pemilikan, pengambilan anak kerang secara haram digagalkan Jabatan Perikanan Selangor

Thumbnail
Associated URL
www.hmetro.com.my
Date
2026-05-21
Author
Amirul Aiman Hamsuddin
Metadata
Show full item record

Abstract
Jabatan Perikanan (DOF) Selangor berjaya mematahkan dua cubaan pemilikan dan pengambilan anak kerang secara haram dalam serbuan berasingan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Description
Shah Alam: Jabatan Perikanan (DOF) Selangor berjaya mematahkan dua cubaan pemilikan dan pengambilan anak kerang secara haram dalam serbuan berasingan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

DOF Selangor berkata, dalam kes pertama yang berlaku Sabtu lalu pihaknya menjalankan pemeriksaan di kawasan penempatan sekitar Sungai Haji Dorani.

"Seramai empat anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Selangor Operasi menjalankan operasi pada 1.15 tengah hari itu selepas menerima maklumat awam.

"Hasil pemeriksaan menemui 13 guni berisi bahan seakan pasir hitam disyaki anak kerang bersaiz kurang daripada empat millimeter (mm)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DOF Selangor berkata, bagaimanapun tiada individu yang tampil mengaku sebagai pemilik kesemua guni berkenaan ketika pemeriksaan dijalankan sebekum pihaknya menyitanya.

"Semua hasil sitaan Seksyen 29 Akta Perikanan 1985 itu dianggarkan bernilai RM5,200.

"Barang sitaan kemudiannya dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pada hari yang sama pihaknya sekali lagi berjaya mematahkan aktiviti pengambilan anak kerang di jeti di Pasir Penambang.

"Sebanyak 31 unit tangguk bernilai RM930 dirampas selepas ditinggalkan oleh sekumpulan individu yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Perikanan 1985," katanya.
URI
http://hdl.handle.net/20.500.12561/2989
Type
newspaperArticle
Subject
anak kerang, Vesel
Collections
  • 2026 [16]

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

Browse

All of SMIRCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

My Account

LoginRegister

© SEAFDEC/MFRDMD 2026
Contact Us | Send Feedback
 

 

EXTERNAL LINKS DISCLAIMER

This link is being provided as a convenience and for informational purposes only. SEAFDEC/MFRDMD bears no responsibility for the accuracy, legality or content of the external site or for that of subsequent links. Contact the external site for answers to questions regarding its content.

If you come across any external links that don't work, we would be grateful if you could report them to the repository administrators.

Click DOWNLOAD to open/view the file.

Download